Hanya Perlu Buat Surat, Pekerja Boleh Mohon WFH Bermula 1 September!

Share

Istilah kerja dari rumah atau working from home (WFH) bukan sesuatu yang asing lagi setelah negara di landa pandemik. Malah lebih banyak syarikat membuka peluang bekerja dari rumah untuk pekerja mereka atau secara bergiliran.

BACA LAGI : 17 Home Workouts Mudah Untuk Yang Selalu Malas Pergi Gym

Foto Via Pexels

Ini memberi kelapangan pada pekerja bukan sahaja dari segi masa, kewangan malah aras kreativiti. Iyalah, bila berada di tempat yang kita selesa bila bekerja, muncul idea-idea yang bernas.

Guess what! Bermula 1 September 2022 ini, korang mungkin boleh kembali kerja dari rumah apabila permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 dibenarkan.

Menurut laporan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja ataupun perubahan tempat kerja.

Untuk info, sejumlah 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia pada saat ini dilaporkan lebih menggemari fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.

Foto Via Pexels

Data tersebut dikeluarkan berdasarkan tinjauan oleh Qualtrics – syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan yang dilakukan secara dalam talian.

Malah, jumlah keseluruhan pula menunjukkan pekerja di Asia Tenggara lebih mengutamakan fleksibiliti iaitu sebanyak 60% yang memilih untuk minggu bekerja lebih singkat.

Mengulas lanjut, Awang menjelaskan bahawa keputusan kerajaan dalam AKF bagaimanapun tidak ‘mengikat’ majikan. Ia bergantung juga kepada kesesuaian agensi serta syarikat yang terlibat.

Pihaknya juga bersedia untuk membuat kajian tentang dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara maju di luar sana.Kajian ini menurutnya adalah sangat penting oleh kerana terdapat majikan yang terkesan dengan faktor produktiviti rendah.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk menurut lapor Reuters, beliau telah mengeluarkan arahan agar semua pekerja syarikatnya itu kembali bekerja sepenuh masa di pejabat ataupun bersedia untuk meletakkan jawatan sekiranya degil.

ARTIKEL BERKAITAN : Kembali Ke Pejabat Atau Letak Jawatan, ELON MUSK Arah Tiada Lagi WFH

Jadi korang lebih selesa wfh atau pergi ke pejabat?

Sumber :  laporan

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana