Kehebatan anak Malaysia sudah tidak perlu dipertikai kerana dalam banyak-banyak gambar yang diambil seluruh dunia, foto pemandangan sawah padi yang dimuat naik hanya sekadar suka-suka ini berjaya mencuri tumpuan syarikat teknologi Apple sehingga ia dipilih untuk ditampilkan di laman Instagram rasmi syarikat itu.
Jurufoto bertuah tersebut ialah Muhammad Faris Danial Mohd Faizal, 19, yang juga merupakan pelajar dalam bidang Rekaan Grafik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, menceritakan pengalamannya sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen di laman sosial berkenaan.
“Saya betul-betul tidak sangka bahawa gambar itu akan ditampilkan dan seterusnya menjadi tular.
“Sebenarnya ini kali kedua gambar saya ditampilkan dalam akaun rasmi Apple. Terdahulu, gambar saya ditampilkan secara kompilasi bersama jurufoto lain.
“Namun, pada 15 September lalu, Apple sekali lagi menghantar satu email kepada saya untuk meminta kebenaran bagi menampilkan gambar tersebut,” ujar remaja kelahiran Pahang itu.
Malah, kata Faris, gambar tersebut diambil semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Julai lalu dengan menggunakan iPhone XR kira-kira jam 6.30 petang, pada ketika itu matahari mula terbenam dan waktu yang cantik untuk mengambil gambar.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan remaja ini dalam membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Faris. Inilah namanya rezeki kan. So korang yang suka ambil gambar tu jangan lupa cuba nasib tag syarikat teknologi Apple. Mana tahu korang bernasib baik pula.
Kampung Sahabat, Perlis Jadi ‘Famous’ Sedunia Sebabkan Foto Ini