Hanya Ujian Antigen Kendiri, Syarat Masuk Thailand Mei Nanti

Share

Sebagaimana kita tahu, kit ujian kendiri pantas antigen Covid-19  sudah pun digunakan meluas ke seluruh dunia.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang Thailand antara negara Asia terawal bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib.

ARTIkel Berkaitan: Thailand Bakal Terima Pelancong Yang Sudah Divaksin Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

ARTIKEL BERKAITAN : 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan MDA, Check Dulu Sebelum Beli

Keadaan Pulau di Phuket yang kosong tanpa kehadiran pelancong. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

Alat ujian diri ini sangat berguna dan membantu orang ramai untuk melakukan pemeriksaan diri untuk mendapatkan hasil status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Berita baik untuk korang yang merancang untuk travel ke Thailand lepas raya Aidilfitri nanti. Menurut laporan, bermula Mei depan, Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa sebagai usaha negara jiran tersebut untuk memulihkan industri pelancongannya.

Bagaimanapun, pelancong hanya perlu melakukan ujian antigen kendiri di lapangan terbang.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, di bawah cadangan itu, pengembara yang telah menerima vaksin Covid-19 tidak lagi perlu menjalani saringan RT-PCT dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa.

Pada masa ini, di bawah program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin, pengembara perlu menempah hotel yang ditetapkan lebih awal, serta melakukan saringan RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima.

Taweesin berkata, CCSA turut bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan perlindungan insurans kesihatan serta mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar untuk Pas Thailand.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata mulai Mei juga kerajaan akan melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi ketibaan pelancong yang menggunakan laluan darat dan udara.

Wah, boleh la korang pakat dengan kawan-kawan dari sekarang untuk travel ke Thailand ni!

BACA LAGI : Dua Pintu Sempadan Thailand-Malaysia Dibuka Mulai 1 April, Ini SOP Lengkap

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Bernama

Published by
Nana