“Hanya Untuk Buat Anzalna Happy ..” Gaun Mariposa Ciptaan Arwah Putra Cosry Jadi Idaman Bakal Pengantin Malaysia

Share

Pemergian pereka fesyen terkenal tempatan, Putra Aziz yang merupakan sebahagian daripada duo yang bertanggungjawab membangunkan jenama Cosry sejak tahun 2004 telah membuatkan ramai bersedih.

Golongan selebriti terutamanya begitu terkesan apabila menerima berita dukacita itu sejak jam 8.30 malam tadi. Ini memandangkan mereka ialah di antara insan rapat yang pernah bekerjasama dengan Putra sebelum ini.

Tentunya korang masih ingat bagaimana Cosry merealisasikan pelbagai rekaan gaun perkahwinan para selebriti terutamanya gaun milik pelakon, Anzalna Nasir pada tahun 2016.

Menerusi hantaran di Instagram, Anzalna mengimbas semula kisah di sebalik penghasilan gaun yang diinspirasikan daripada animasi Barbie ‘Mariposa & The Fairy Princess’.

“Baru kelmarin post baju pengantin Anzalna di Instagram Story. Malam tadi dapat berita abang Put sudah tiada. Macam tak percaya! Hanya gambar jadi kenangan.

“(Saya) tidak pernah lupa jasa arwah abang Putra yang bertungkus-lumus menyiapkan (gaun perkahwinan) sampai bangun pengsan, bangun pengsan dia cakap; hanya kerana hendak buat Anzalna gembira.

“Sampai sekarang, (gaun perkahwinan) masih menjadi bualan. Betapa bertuah Anzalna dapat menyarungkan wedding dress Mariposa hasil tangan abang Put and the team. Semoga abang Put ditempatkan bersama orang yang beriman,” catat jelitawan itu.

Dalam pada itu, adik Anzalna iaitu Afifah Nasir yang juga merupakan seorang pelakon berkata hajatnya untuk menyarungkan gaun perkahwinan ciptaan Arwah Putra untuk Cosry tidak kesampaian.

“Abang Put, tak dapat nak merasa abang Put buat baju kahwin. He will be missed.

Semoga tenang di sana abang Put sayang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Putra Aziz Meninggal Dunia, Perginya Seorang Pereka Fesyen Yang Merendah Diri

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ