Berikutan video yang tular di media sosial berkenaan kenyataan Datuk Seri Vida terhadap kempen bendera putih yang kini dipergiatkan di serata negara, usahawan sensasi itu muncul menerusi beberapa video susulan di akaun media sosialnya untuk menjelaskan maksud sebenar apa yang diperkatakannya semalam.
Menurut Vida, poin beliau dalam video semalam yang berbunyi, “Janji ada keinginan, janji ada usaha. Jangan malas nak harapkan bantuan bendera putih saja,” telah disebut beliau tanpa niat untuk mempersendakan mana-mana pihak.
Malah, Vida juga tidak bermaksud untuk mempersendakan kempen bendera putih yang diperjuangkan rakyat demi membantu golongan yang memerlukan sekarang.
Namun jelasnya, “Ramai manusia yang tidak mengangkat bendera putih kerana mereka malu dengan jiran dan keluarga. (Perbuatan) mengangkat bendera putih menunjukkan you sangat mengharapkan bantuan.”
Hhm..
Ads
Di sini, apa yang penulis boleh tafsirkan adalah Vida tidak merasakan ia satu kesalahan untuk mengharapkan bantuan kerana ya, ada di kalangan kita yang benar-benar dalam keadaan terdesak. Tambahan pula dengan sekatan pergerakan yang menghalang rakyat mencari rezeki secara lebih meluas.
Vida menyambung, “Tapi kalau angkat bendera putih sekalipun, sampai bila you nak angkat? Sampai bila orang akan bantu you? Akhirnya, you kena berusaha juga untuk mengubah nasib you sendiri.
“Tiada orang yang boleh mengubah nasib you kecuali you. You yang kena bertindak segera, you kena start. Don’t get stuck. Faham?” jelasnya menerusi video susulan itu.
Biarpun telah memberi penjelasan semalam, sebilangan warganet masih tidak boleh menerima percubaan Vida untuk menyuntik semangat kepada masyarakat agar berani bangkit daripada kemelut ekonomi yang melanda sekarang.
Ads
Ada yang beranggapan intonasi suara dan pemilihan perkataan oleh Vida kurang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat yang semakin kabur harapan. Ada yang berpendapat Vida kedengaran sombong dan tidak memahami situasi orang lain.
Iyalah, lain padang lain belalang kan?
Malah, komen berbaur provokasi juga timbul dalam ruangan komen pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini.
Mereka merasakan Vida tidak faham dengan konsep bendera putih; di mana seseorang itu tidak semestinya ‘malas berusaha’ tetapi sedang bergelut dengan kekangan pandemik. Sudah puas mereka berikhtiar. Namun apakan daya, rezeki masih tidak berpihak kepada mereka untuk hidup selesa.
Ads
Tidak terkecuali, warganet mengatakan mereka tidak berniat menjatuhkan sebarang hukuman terhadap Vida. Cuma menurut mereka, mungkin nasihat Vida ini tidak kena dengan waktunya. Di kala banyak perniagaan bersaiz sederhana terpaksa gulung tikar, inikan pula pengusaha kecil yang baru ingin bertapak.
Sekali lagi kata mereka, bukan gejala malas yang sepatutnya dibangkitkan Vida.
*
Realistiknya, rakyat kini berdepan dugaan setelah hilang punca pendapatan dan perlu mengikat perut sementara mereka berusaha mengembalikan kehidupan selesa untuknya sekeluarga.
Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan nasihat Datuk Seri Vida untuk terus berusaha ataupun merasakan usahawan itu kurang sensitif? Cer tonton penjelasan beliau di bawah dan berikan komen korang.
Identiti dua mayat yang ditemukan pihak polis dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard pada sekitar 8.26 malam, hari Ahad lalu telahpun dikenal pasti.
Kata Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar kepada BERNAMA, dua orang mangsa itu dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun. Setelah identiti dikenal pasti, polis meneruskan siasatan kes berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai keberadaan kenderaan mangsa itu di parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras walaupun mereka bukanlah penghuni bangunan tersebut; Muhammad Idzam Jaafar berkata kawasan parkir itu sememangnya dibuka kepada orang awam. Sesiapa yang hadir ke residensi berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir itu.
Begitupun, sewaktu mangsa ditemui, hanya kenderaan mereka saja berada di lokasi yang terletak di sudut parkir serba kosong berdekatan sebuah dinding.
Tambah beliau, parkir itu lengang dan jarang digunakan walaupun ia sudah siap dua tahun lalu.
Berdasarkan rakaman litar tertutup di situ, kenderaan itu dipercayai dipandu salah seorang daripada mangsa. Namun, tiada pergerakan keluar masuk membabitkan kedua-dua mangsa.
Terdahulu, kedua-dua mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara empat ke lima hari sebelum mereka ditemui pada hari Ahad lalu. Laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh ahli keluarga yang menetap di Klang dan Shah Alam, Selangor pada 23 dan 24 Mei 2022 lalu.
Sumber : BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum habis dengan cerita Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19. Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad memuat naik satu ciapan di akaun Twitternya dengan mempromosikan pertandingan TikTok di bawah anjurannya.
Hal ini menyebabkan netizen terkejut apabila beliau sendiri turut berkongsi satu video yang menampilkan dirinya bersama-sama dua orang influencer iaitu Noreen dan Iskandar Rahman.
Pertandingan itu dipercayai dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai khususnya golongan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyerlahkan kreativiti mereka biarpun terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.
Bagaimanapun, video dan tweet asal sudah dipadam di laman rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, dipercayai setelah menerima kecaman netizen. Namun, kerja netizen lebih cekap apabila sempat memuat turut poster dan video berkenaan sebelum ia dikongsi semula di media sosial.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang atas penganjuran pertandingan itu yang disifatkan tidak bersesuaian dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Kata netizen, Menteri Pengajian Tinggi sepatutnya membantu para pelajar IPTA/S dari segi pembangunan minda lebih-lebih lagi ketika penularan wabak COVID-19.
“Di musim wabak, KPT boleh aturkan satu pertandingan mencipta Test Kits serta Pertandingan Menggunakan Artificial Intelligence Dan Machine Learning Antara Students and University-Industry Researcher. Jaga status mahasiswa.”
Berdasarkan poster, pertandingan itu berlangung pada 8 sehingga 14 April 2020.
Mungkin Menteri Pengajian Tinggi ada alasan berhubung isu ini,dan mungkin beliau akan membuat penjelasan kemudian.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik saja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan keluar pada hari Isnin lalu, ramai pelancong domestik yang berkunjung ke Pulau Langkawi serta-merta bersiap sedia untuk pulang ke ibu kota sebelum terlambat.
Nampaknya, perniagaan industri pelancongan di pulau popular itu yang baru saja ingin menarik nafas lega terpaksa kembali bergelut setelah pengunjung beransur pulang dan tiada kemasukan pengunjung dari negeri-negeri berstatus PKP baharu buat sementara waktu.
Lebih malang lagi nasib sebuah pusat penginapan terkenal di sana iaitu The Andaman Resort Langkawi apabila ia dikejutkan dengan insiden kebakaran yang melanda sebahagian bangunan hotel tersebut terutamanya bahagian dapurnya.
Kejadian tersebut dilaporkan bermula kira-kira jam 4.04 petang semalam dan hanya sepenuhnya dapat dipadamkan pada tengah hari tadi. Tempoh masa yang agak lama diambil itu adalah disebabkan oleh api yang kembali marak untuk kali kedua pada tengah malam di kawasan yang sama.
Menurut Jabatan Kebakaran & Penyelamat Kedah, besar kemungkinan kehadiran angin yang bertiup kuat membuat api marak semula.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Andaman Resort, pihak pengurusan telahpun mengosongkan bangunan hotel, manakala pengunjung yang menetap di situ telah dipindahkan ke sebuah lagi pusat penginapan di bawah rangkaian kumpulan hotel mereka di Pulau Langkawi.
“Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan keselamatan kesemua pengunjung dan mereka yang berada di sini. Kami sedang bekerjasama bersama jabatan kebakaran untuk mengetahui punca kebakaran. Buat masa ini, kami masih belum dapat memberikan sebarang maklumat memandangkan kes ini masih dalam siasatan.
*
Untuk pengetahuan, The Andaman, Luxury Collection Resort merupakan pusat penginapan premium yang terletak di antara kawasan hutan terpelihara dan laut Andaman. Ia mempunyai sejumlah 178 buah bilik penginapan dan beberapa suites mewah yang memelihara stail serta seni bina kontemporari Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...