“Happy 69th Birthday, Love My Mama…” Hrithik Roshan Kongsi Video Menyentuh Hati Sempena Ulang Tahun Ibunya.

Share

Pelakon Bollywood terkenal, Hrithik Roshan telah berkongsi sekumpulan gambar dan video kenangan bersama ibunya; Pinkie Roshan yang menyambut hari lahirnya semalam melalui laman Instagram miliknya. Sweet kan?

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai superstar Bollywood ini. Min dulu pun membesar dengan menonton filem-filem Hrithik Roshan iaitu Dhoom, Krrish, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Mujhse Dosti Karoge dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan satu persatu, memang tak pernah habis!

Untuk pengetahuan korang, pelakon ini memang sangat akrab dengan ibunya dan sering membuat hantaran di laman media sosialnya. Setiap kali ulang tahun ibunya saja, dia tak pernah terlepas untuk wish. Namun tahun ini special sedikit, sebab bintang terkenal ini sempat edit dan throwback video serta gambar mereka berdua. Ada juga gambar pelakon ini semasa kecil. Min tengok pun jadi sebak.

Video perkongsiannya itu turut disertakan kapsyen ” I wish you LOVE my mama..LOVE that emerges inside you for YOU. And peace, the kind that connects your heart with every single being on the planet. HAPPY 69th BIRTHDAY ! ❤️ Wish her luck guys , she is just about deciding to begin her most inspired Transformation yet !! 22.10.2022

Video tersebut turut dilengkapkan dengan versi instrumental “Memories” oleh Benny Martin.

BACA LAGI : 10 Artis Popular Bollywood Terima Bayaran Tertinggi, Berapa Gaji Shah Rukh Khan?

Wah memang anak yang baik. Jarang kan dapat melihat anak lelaki post sweet-sweet macam superstar Bollywood ini? Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi Mama!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Suyaa