Daripada seorang selebriti realiti TV kepada supermodel yang menerima bayaran tertinggi pada tahun ini!
Kendall Jenner is here to stay, korang. Sempena hari lahirnya yang ke 23 semalam, kami mengimbas kembali transformasi gaya karpet merah yang disarungnya dari tahun 2011 sehinggalah pada tahun ini.
Kendall di tayangan utama Glee : The 3D Concert Movie. Pada waktu ini, Kendall masih baru di dalam industri modelling dan di sini, dia hanya menyarungkan dress cape putih dari Keepsake. Tak tahulah sekarang Kendall shopping lagi tak di Keepsake?
Kendall berada di Sydney Australia untuk pelancaran sebuah buku? Yes, you heard that right. Dia memilih untuk menyarung bodycon dress berwarna kuning daripada Celeb Boutique. Nampaknya, Kenny masih gemarkan jenama-jenama baru semasa ini.
Okay, Kendall sudah mula membiasakan diri dengan gaya karpet merah yang lebih sofistikated dan fashion forward, seperti dress Keepsake dan sepatu Manolo Blahnik di acara American Music Awards ini.
Oh yes she did! Kendall tampil lebih berani bermula tahun 2014 sehingga sekarang, all thanks kepada dress rekaan Fausto Puglisi yang mempunyai slit berkembar sehingga ke tulang pelvik! Ramai yang gentar sekiranya akan berlaku wardrobe malfunction.
Terlalu banyak looks yang cantik daripada Kendall pada tahun 2015 sehinggakan kami tak tahu ingin memilih yang masa satu. Antaranya termasuklah gaun hijau Calvin Klein di Met Gala dan gaun merah Ramona Keveza di acara gala amfAR di New York.
Tetapi siapa boleh lupakan gaya Balmain ini di karpet merah Billboard Music Award! Love love love.
Kami memang tak boleh kelipkan mata melihat gaya stilleto / boot yang disarungkan pada kaki Kendall. Dia sememangnya merupakan antara penerima best-dressed nominee di acara MTV Movie Awards dengan gaun daripada Liz & Liz ini. Katanya, sold out di laman web pereka fesyen itu!
Slay girl! Kendall merupakan antara model bertuah untuk berjalan di karpet merah anugerah Cannes dalam gaun rekaan Giambatista Valli. Walaupun ada yang mengatakan gaun ini sedikit ringkas dan kasual untuk acara sebesar Cannes, korang kenalah ingat Kendall masih lagi remaja. Tak perlu terlalu serius dalam berfesyen.
Di antara gaun see-through yang disarung Kendall di Cannes dan gaun Giambatista Valli di Golden Globes ini, dah tentulah kami memilih gaun hitam ini! Kendall bukan saja kelihatan seperti seorang movie star tetapi dia juga memilih hitam untuk menyokong kempen #MeToo yang meningkatkan kesedaran umum terhadap hak wanita.
So, yang mana satu look favourite korang?