Kalau korang OTW balik ke rumah petang tadi dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza asyik dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran ke-39 penyanyi nombor satu negara itu.
Sekarang, cantik, ceria dan glowing je Tok Ti kalau kita melihat beliau di posting Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, seri bakal ibu orang kata.
Tapi sebenarnya sejak Tok Ti mula menjadi penyanyi selepas memenangi pertandingan Bintang RTM 1995 pada usia 16 tahun saja, Tok Ti memang pandai untuk menjaga kecantikan wajah dan aura sebagai seorang selebriti.
Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA dahulu:
Majalah Remaja September 2002
Ads
Tot Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik kot. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu ‘Badarsila’ di Anugerah Era 2002.
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album ‘This Is Me Then’ dan foto Christina Aguilera untuk album ‘Stripped’.
Majalah Remaja Januari 2003
Ads
Isu khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan ‘Treasure The World’, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan
Majalah Remaja Julai 2003
Ads
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari! Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta.
Majalah Remaja Jun 2004
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun mendapat sorotan publik baru-baru ini, Bella Astillah dan Didi Astillah, pasangan saudara, tidak terpengaruh dan mampu meneruskan aktiviti seni mereka dengan melancarkan single duet berjudul Bermanja-Manja.
Sebelum ini, pasangan adik-kakak ini telah menarik perhatian dengan lagu mereka di zaman kanak-kanak dan dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Kini mereka kembali bersatu untuk menyumbangkan suara mereka dalam lagu tema untuk sebuah drama mereka iaitu Leha, Leya Lawa.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, menyatakan bahawa mereka merasa teruja diberi kesempatan untuk menyanyikan lagu Bermanja-Manja yang bakal menjadi lagu tema drama berkenaan.
“Ini adalah lagu yang ceria, dengan lirik yang mudah difahami dan suasana yang santai, yang membuat kami berhasil merakam lagu ini hanya dalam waktu dua jam tanpa tekanan berlebihan”
“Proses rakaman juga berjalan lancar berkat kerjasama dengan Mas Dewangga, yang sangat membantu dan memberikan banyak idea. Kami senang bekerja dengannya,” katanya.
Kedua adik beradik ini sering berkomunikasi untuk membahas lagu ini dan menurut mereka, proses berkolaborasi juga lebih mudah kerana mereka saling memahami satu sama lain.
“Kami berharap lagu Bermanja-Manja dapat diterima oleh pendengar, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Kami berharap lagu ini menjadi trend di TikTok,” tambah Bella.
Lagu Bermanja-Manja diproduksi oleh Alternate Records & Talents ini membawakan genre Bubble Pop dan merupakan hasil dari kolaborasi antara Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik.
Mas Dewangga berkata, genre ini dipilih kerana sesuai dengan karakter ceria Bella dan Didi, ditambah pula suara mereka yang unik. Dia juga mengungkapkan kepuasannya dengan kerjasama mereka selama sesi rakaman.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar kerana ia amat bersesuaian dengan semua orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota BTS, Jimin yang sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan telah menarik perhatian peminat apabila gambarnya semasa bersama rakan tentera lain dikongsi di sebuah komuniti dalam talian.
Menerusi gambar tersebut, Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) dilihat tersenyum ceria sambil bangga menunjukkan lencana ‘Tentera Pelatih Terbaik’ miliknya.
Difahamkan, Jimin mendapat penghargaan tersebut pada bulan Jun, telah dipilih sebagai tentera elit dan menyelesaikan promosi awal. Dia juga turut menerima Anugerah Komander Divisyen untuk pelatih terbaik, menunjukkan dedikasinya terhadap tugas ketenteraan.
Dalam pada itu, menerusi perkembangan terkini, Jimin meninggalkan mesej kepada peminat BTS iaitu ARMY yang berbunyi,
“Sudah lebih sebulan, dan walaupun kadang-kadang ia terasa panjang, kehadiran Jungkook di sisi saya membuatkan masa berlalu dengan cepat. Kami berhubung dengan ahli lain melalui telefon awam dan Jungkook juga sedang bekerja keras dalam ketenteraan. Kami saling bergantung dan memberi semangat dan kekuatan di antara satu sama lain”
Terdahulu, Jimin dan Jungkook mendaftar bersama pada bulan Disember 2023 dan kini sedang berkhidmat di Briged Artileri di bawah Divisyen Infantri ke-5 Tentera Darat.
Tarikh tamat perkhidmatan mereka dijadualkan pada 11 Jun 2025. Memandangkan terdapat enam lagi ahli BTS yang kini sedang menjalani tugas ketenteraan mereka, kumpulan itu dijangka akan menyambung aktiviti berkumpulan selepas semua anggota telah menyelesaikan perkhidmatan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita yang menggemparkan peminat Kpop apabila dua orang ahli iKON iaitu Jinhwan dan Junhoe dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi.
Menurut laporan eksklusif daripada Kyungnam Domin, pada jam 3.40 pagi waktu Korea, sebuah van yang dinaiki Junhoe dan Jinwhan tergelincir di jalan yang lincin menyebabkan kenderaan tersebut merempuh tembok. Kedua-dua anggota iKON dan pemandu van dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemandu van tersebut kini dalam siasatan kerana dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis percaya bahawa kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan dan sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, agensi mereka iaitu YG Entertainment masih belum lagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Di laman sosial, rata-rata peminat kumpulan iKON bimbang tentang kondisi Jinwhan dan Junhoe dan mereka berasa lega apabila mengetahui idola mereka hanya cedera ringan.
Malah, ada yang terlebih concern dan menyalahkan YG Entertainment serta mahu pemandu tersebut diberhentikan kerana bimbang keadaan yang sama berlaku lagi.
Sudah tentu peminat setia kumpulan iKON risau tentang keselamatan ikon mereka. Diharap Jinwhan dan Junhoe lebih berhati-hati selepas ini.
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...