Happy Birthday Tun M! Ini Rahsia Kekal Cergas & Cerdas Pada Usia 94 Tahun

Share

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin mencongak usia ke angka 94 tahun pada hari ini, namun sedikit pun beliau tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk kekal cergas. Rahsianya?

 

“Jangan terlebih makan..”

Dengarnya seperti mudah, namun tak semua orang dapat melakukannya – especially if you have a Malaysian appetite.

Pada usia ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun M tidak menunjukkan tanda-tanda akan berehat malah beliau semakin cergas dan cerdas menangani cabaran negara. Ke sana-sini untuk menghadiri mesyuarat, terpaksa bercengang mata untuk menyertai sidang media.

Hanya dengan menjaga pemakanan agar tidak terlebih kalori dan kuantiti, Tun M kekal sihat.

 

 

Dalam satu temubual bersama rakan media di The Sunday Times, beliau memberitahu mengenai satu kajian yang mendapati, spesis monyet yang diberikan diet rendah-kalori mempunyai jangka hayat lebih panjang.

“Mungkin, saya juga seperti monyet,” seloroh Tun M. “Saya bukanlah sepenuhnya sihat selalu. Saya mempunyai masalah jantung, saya pernah sekali mengalami pneumonia dan saya juga berdepan dengan batuk teruk apabila paru-paru dijangkiti.”

Normal bagi seorang individu pada usia beliau untuk berdepan dengan isu tersebut. Namun dengan menjaga kesihatan dalam aspek lain, beliau masih mampu bangkit semula secara bertenaga.

 

Majalah Maskulin Edisi Khas Tun Dr. Mahathir, keluaran tahun lalu.

 

“Saya tak merokok, saya tak minum dan jarang sekali terlebih makan. Saya hanya makan secara cukup untuk meneruskan hidup.

“Warga berusia kita kerap menjadi obese dan berperut boroi kerana mereka berterusan melayan selera makan. Ia akan menjejaskan kesihatan apabila semua itu menjejaskan jantung dan saluran disebabkan ia terpaksa ‘bekerja’ lebih daripada kapasiti untuk menyalurkan darah ke seluruh badan.

“Jantung yang terlebih pakai seperti ini akhirnya akan berhenti berfungsi.”

Beliau juga berkongsi telah berjaya mengekalkan berat badan sekitar 62 – 64 kilogram untuk bertahun-tahun, malah masih boleh muat memakai pakaian 30 tahun lalu!

“I happen to be healthy, I can do this work,” kata Tun M.

Untuk pengetahuan korang, Tun M yang juga merupakan penerima anugerah awam tertinggi Pakistan iaitu ‘Nishan-e-Pakistan’ oleh Presiden negara tersebut, Dr Arif Alivi sebenarnya mempunyai 2 tarikh kelahiran.

Hal ini agak sinonim dengan mereka yang dilahirkan pada era 20-an. Tun M dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasmi beliau direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Selamat hari jadi ke-94 Tun Dr Mahathir Mohamad!

*

VIDEO REMAJA

 

Published by
FZ