Itu perkara pertama yang penulis terfikir pada majlis pelancaran model smartphone Samsung Galaxy A50 semalam. Nampaknya, duta terbaru mereka iaitu penyanyi Haqiem Rusli juga merasakan bateri adalah antara perkara terpenting semasa mendapatkan phone baru.
The question is, adakah bateri Galaxy A50 ini boleh deliver, gaiss?
“Kapasiti bateri Galaxy A50 ini memang besar, iaitu 4000 mPH. Saya boleh gunakannya dari siang ke malam, satu benda yang bagus untuk saya yang tak boleh lepas tangan daripada menggunakan phone semasa bekerja.
“Kalau ada free time pula, saya boleh main PUBG sebanyak 60 kali tanpa risaukan bateri!” kongsi Haqiem. Amboi, amboi.. kira oklah kalau bateri A50 ni tahan lama.
Bagi dua orang duta Samsung lain iaitu Ismail Izzani dan Nabila Razali pula, mereka lebih mementingkan aspek lain.
“Saya suka untuk mengambil video atau wefie beramai-ramai. Jadi feature paling saya gemari pada phone Galaxy A50 adalah kamera ultra-wide angle–nya. Semua boleh masuk, tak akan ada yang terpotong frame. Masa saya menari beramai-ramai pun, kami boleh rekodkan video menggunakan wide-angle ini,” kata Mail.
Untuk Bella pula, dia tertarik dengan warna biru, hitam atau putih. Biasalah, semua nak pilih warna favourite masing-masing. “Macam saya, saya akan pilih putih. Menariknya, ia bukan putih biasa-biasa tetapi mempunyai efek 3D-Prism. Jadi phone saya boleh ‘masuk’ dengan apa-apa pakaian kerana warna baju akan reflect
pada phone..“Selain itu, saya juga gemarkan fungsi kamera Infinity-U Display yang bagus untuk saya mengambil selfie. Muka tak akan ter-cropped dengan paparan penuh pada skrin!”
***
Sounds interesting, right?
Galaxy A50 boleh didapati pada harga RM1,199 di stor Samsung Experience dan stor online Samsung Malaysia.