Malam EDMA 2018 yang berlangsung semalam nyata menjadi milik Haqiem Rusli!
Walaupun dihambat dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun lalu, Haqiem tenang berhadapan dengan selebriti, peminat dan rakan media yang hadir memenuhi dewan anugerah Era Digital Music Awards yang berlangsung di Sentul Kuala Lumpur semalam.
Mungkin juga disebabkan kontroversi yang tercetus seperti masalah ‘depresi teruk’ sehingga perlu memadam kesemua posting di Instagram itu, Haqiem Rusli dengan rendah diri sekali lagi memohon maaf kepada rakan selebriti yang turut terpalit sama.
“Di sini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada rakan artis dan semua yang terkesan dengan apa yang berlaku pada saya tahun lalu. Korang boleh maafkan saya kan,” pintanya semasa mengambil anugerah Temubual Terbaik Carta 40 ERA.
Selain itu, Haqiem turut memperoleh anugerah melalui kategori Lagu Paling Viral (Selamat Tinggal Sayang) dan Penyanyi Kolaborasi Terbaik (Jatuh Bangun ft. Aman Ra).
Kalau korang masih ingat, tahun lalu Haqiem berdepan dengan isu depresi sehinggakan ramai selebriti yang risau tentangnya. Antaranya termasuklah As’ad Motawh, Erni Zakri, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.
Apabila Haqiem secara kebetulan mengeluarkan single baru, Selamat Tinggal Sayang sekitar masa yang sama, Erni Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari yang berada di set temuramah sebuah radio stesen terasa seperti ‘dipergunakan’ dan ‘diperbodohkan’ oleh Haqiem kerana meraka merasakan Haqiem mengambil kesempatan terhadap isu yang serius seperti depresi.
Apapun, itu semua benda yang sudah lepas kan. Kita tutup buku lama dan buka buku baru untuk tahun ni okay!