Kecanggihan teknologi telah merubah media dengan memperluaskan skop sebagai platform penyebar maklumat yang amat besar sehingga dapat mempengaruhi tingkah laku masyarakat.
Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan ilmu pengetahuan dan budaya dikongsi oleh manusia sejagat. Tapi yang tak seronoknya bila ada ‘keyboard warriors’ yang dengan sewenang-wenangnya menyampaikan berita yang tidak betul dan netizen yang tak tahu apa hanya memanjangkan posting itu dengan satu button ‘share’ dan berita itu menjadi viral.
Lagi-lagi la bila timbul virus pandemik Covid-19 ni, semua nak dikongsikan.
Baru-baru ini bekas finalis Pencetus Ummah, Raihan Husni atau PU Raihan baru-baru ini ada memuat naik satu status tentang isu perkongsian netizen mengenai tilikan atau ramalan Covod-19 memalui Al-Quran.
Al-Quran bukan kitab RAMALAN atau TILIKAN!
Ada yang sudah mula berbicara tentang tarikh hari ini 3 April, 3 kematian baru akibat COVID-19 dan 3333 jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia.
Ada pula yang cuba berteori 3333 jumlah jangkitan dengan Ayat 33 pada surah ke-33 di dalam Al-Quran.
Mengaitkan nombor surah dan nombor ayat Al-Quran dengan jumlah jangkitan COVID-19 jelas satu penyelewengan dari kaedah sebenar penafsiran Al-Quran yang dibawa oleh para Ulama’ Mufassirin.
Takwilan ini BATIL, mempercayainya HARAM dan menyebarkannya juga HARAM.
Jawapan bagi Firman Allah SWT :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”
(Al-Ahzab: 33).
Yang dimaksud dengan ayat di atas hendaklah wanita supaya berdiam di rumahnya dan tidak keluar melainkan ada keperluan.
Sedangkan maksud berhias seperti tingkah laku orang Jahiliyyah adalah jika seorang wanita keluar di hadapan lelaki Ajnabi.
Antara cara berdandan wanita zaman Jahiliyyah adalah dengan menampakkan leher, anting-anting dan kalung mereka.
Yang pastinya tiada kaitan langsung dengan COVID-19, apatah lagi PKP!
So korang jangan la sesedap nak tekan butang share kalau tak tahu betul atau tidak berita itu, takut-takut jatuh haram dan dapat dosa kering je. huhu