
Seminggu dua ini di media sosial meriah dengan faceapp. Lelaki ingin jadi wanita dan wanita bertukar menjadi lelaki. Walau kita hanya bergurau dan tiada niat lain tapi akibat kedengkelan kita itulah membawa kepada hukum dosa.
Baca penjelasan dari PU Syed mengenai isu ini. Ya, ramai cakap gurau tanpa sedar gurauan itulah membawa kepada hal dosa.

Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun main-main.
Baca betul² dan tolonglah sedor
Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ.
Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Janganlah meniru-niru permainan dan gaya hidup orang kafir yang tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaja aplikasi yang muncul mesti ada yang nak cuba dan tiru dan main-main tanpa risau hukum hakamnya
Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dalam Malaysia ini
Syed Bakri Al-Yahya
#AdeAmbeTakut
#BiarTahuJanganDokTahu
[Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta

Menerusi satu helaian rasmi yang dimuatnaik ke platform media sosial, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan perletakan jawatannya daripada kabinet yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia hadir selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan, Selasa lalu,
Biarpun berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas peluang untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Noraini akur dengan keputusan parti.
Catat kenyataan rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, “Berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawattan sebagai menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketikan Parlimen bersidang.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.” Menariknya, perutusan tersebut tidak menyentuh golongan tenaga pengajar dan pelajar.
Perletakan jawatan secara tiba-tiba ini sekaligus menyaksikan adanya kekosongan yang perlu diisi di posisi penting tersebut. Tambahan pula dengan keadaan pandemik semasa yang memerlukan para pelajar dan kakitangan prauniversiti serta universiti untuk berusaha dengan lebih gigih lagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
Tinjauan di laman Twitter menyaksikan respon yang bercampur baur. Ada yang terkejut beliau sanggup membuat keputusan demikian demi parti yang diwakilinya. Tidak kurang juga yang merasakan keputusan ini membiarkan para pelajar lebih terpinggir manakala sebahagian lagi tidak sabar menantikan siapakah penggantinya.
Persoalannya, siapakah yang paling layak menggalas jawatan ini? Buat masa ini, tentulah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman yang akan memangkunya. Adakah beliau akan menjawat sebagai Menteri? Sama-sama kita nantikan.
Sementara itu, bekas Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini yang pernah meletakkan jawatannya awal tahun 2020, Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Noraini. Adakah ucapan tahniah itu disebabkan keberaniaan beliau untuk melepaskan jawatan ataupun di atas sumbangan beliau selama memegang jawatan? Hhm.. you tell us.
Tahniah Dato @DrNorainiAhmad pic.twitter.com/9Yj9IgkgDK
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) August 6, 2021
Demi Belajar Bidang Kejuteraan, Pelajar Ulang Peperiksaan Sama Walaupun Markah 99.9%

The struggle is real, guys!
Secara umumnya peperiksaan dilakukan untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti. Peperiksaan juga merupakan salah satu jalan yang cerah untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Hal ini apa yang terjadi pada dua pelajar di India yang nekad ambil peperiksaan semula hanya kerana ingin mendapat markah 100%.

Pelajar yang dimaksudkan ialah Mridul Agarwal dan Kavya Chopra yang bertekad untuk mencapai markah 100% dalam peperiksaan Joint Entrance Examination (JEE) yang diambil.
Untuk pengetahun semua, ujian kelayakan ini merupakan ujian penting di India dalam memberi peluang buat rakyat India untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan.
Yang menarik perhatian dunia ialah apabila kedua-dua pelajar ini masing-masing sudah berjaya memperoleh markah 99.99% dan 99.97%. Namun, kedua-dua mereka masih belum berpuas hati selepas gagal peroleh markah penuh sekaligus memilih untuk jalani peperiksaan yang sama buat kali kedua.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kegigigihan mereka mengulang kaji pelajaran selama enam hingga lapan jam sehari berbaloi. Menurut Times Now News, kedua-dua pelajar ini berjaya memperoleh markah 100% pada peperiksaan yang diambil kali kedua.
Kejayaan yang diperoleh berjaya meletakkan mereka dalam kelompok 13 individu terbaik daripada 600,000 individu yang mengambil peperiksaan JEE pada bulan Mac. Semoga usaha keras pelajar ini membolehkan mereka menyertai universiti pilihan mereka dalam bidang kejuteraan. Hmm….kita kalau dah dapat markah 90% tu dah bangga habis dah Siap mak buat kenduri pulut kuning. hiks
RM7 Bilion Wang Rakyat Diambil Bayar Faedah IMDB Muflis, Kalau Note RM50 Disusun, Sejauh Mana?

Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memanggil ahli Lembaga Pengarah IMDB untuk memberi keterangan mengenai perjalanan syarikat 1 Development Malaysia Berhad (IMDB).
Sesuatu yang sangat mengejutkan dalam pertemuan itu, Lim Guan Eng mengesahkan 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang. Malah Kementerian Kewangan telah menggunakan RM7 bilion wang rakyat untuk membayar faedah pinjaman begitu sahaja.
Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana sebelum Pru14, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda telah mengadakan road show menerangkan betapa kukuhnya syarikat tersebut.
Hadir pada sesi berkenaan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.
Guan Eng berkata, lebih mengejutkan, Kamal turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan scam (penipuan).
“Pelaburan bernilai AS$940 juta (RM3.75 bilion) sebelum ini yang dipegang oleh BSI Bank di Singapura dan dana pelaburan luar negara bernilai AS$1.56 bilion (RM6.22 bilion) dimiliki oleh 1MDB Global Investments Ltd. dianggarkan bernilai RM9.8 bilion jika ditebus, lebih daripada mencukupi untuk melunaskan hutang 1MDB bagi tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, Azmi memaklumkan bahawa pelaburan itu wujud biarpun BSI Bank sudah ditutup operasinya.
“Azmi melalui sepucuk surat pada Mac lalu juga memaklumkan syarikat 1MDB tidak mampu membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini,” ujarnya.
Sementara itu menurutnya Arul Kanda mendakwa tidak mengetahui situasi kewangan syarikat kerana sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini.

“Arul Kanda mendakwa semua hal kewangan 1MDB sudah diuruskan dengan ketat oleh CFO syarikat dan beliau tidak pasti mengenai nilai pelaburan itu atau sama ada ia wujud atau tidak,” katanya.
Turut hadir pada pertemuan itu bekas Peguam 1MDB, Ivan Chen. Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan mengenai kemampuan syarikat pelaburan berkenaan untuk melangsaikan hutang. Kelmarin, melalui sidang media selepas memulakan tugas buat kali pertama di kementerian tersebut, Guang Eng mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB menyelesaikan hutangnya.
Laporan itu telah menarik minat penulis buku hartanah terkenal Azizul Azli untuk membantu “rakyat” mengira apa yang boleh dibuat dengan duit sebanyak RM7 bilion itu.
Banyak mana duit RM7 Bilion?
- Kementerian Kewangan semalam istihar membayar bagi pihak 1MDB sebanyak RM 7 bilion faedah mengunakan duit kita semua. Bukan melalui rationalition 1MDB kawan!
- Duit RM 7 Bilion itu jika ditulis dalam angka adalah seperti ini. RM 7,000,000,000.00 sahaja. Ada sembilan kosong.
Zaman sekolah kita hanya diajar hingga nilai juta belum bilion dan trilion lagi dik! .
- Duit faedah ini jika kita belanja joli sehari RM1,000,000.00 (Sejuta sehari) ia perlukan 7,000 hari untuk dihabiskan bersamaan dengan 19 tahun usia kita.
19 tahun joli katak beli beg barkin dan babi terbang baru habis semua duit dik!
- Jika kita susun duit RM 7 bilion ini dengan sekeping not RM50. Panjang duit RM50 adalah 14.5 cm. Ia boleh mencapai jarak 20,300 kilometer.
Jarak ini bersamaan perjalanan dari Kuala Lumpur ke New York, dan dari New Yok boleh ke London pulak.
Itu bebanan kita hari ini dik, siapa yang akan bayar? Kita semua dik. Bila adik mintak PTPTN tak payar bayar disitu ada bebanan hutang RM40 bilion lagi dik!
Azizul Azli Ahmad
#HutangBersama
#PadanMukaKita
#MalaysiaBaru