HARAM Ungguli AJL 33, Misha Omar Menang Berganda

Share

 

Anugerah Juara Lagu 33 nyata membuktikan prestijnya pada malam ini apabila 12 buah lagu yang tercalon masing-masing dipersembahkan dengan begitu baik sekali.

 

Namun, adat pertandingan – haruslah punya seorang pemenang. Or in this case, DUA pemenang!

Tahniah REMAJA ucapkan kepada penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah apabila ‘Haram’ berjaya menepati sebahagian ramalan awal dan mengungguli Anugerah Juara Lagi pada malam ini.

Karya nukilan bersama Hael dan Ezra Kong itu mengenepikan saingan sengit 11 lagi buah lagu untuk merebut gelaran dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

Kata Hael yang kelihatan masih terkejut dengan keputusan tersebut, “Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada kesemua finalis AJL 33. Anda semua memang terbaik.

”Mungkin rezeki tahun ini menyebelahi kami, Alhamdulillah. Terima kasih kepada juri, kepada yang menyokong kami dan kepada semua pihak yang terlibat dalam projek Haram ini,” kata Hael.

Dayang pula dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Hael kerana menjemputnya untuk turut serta dalam pembikinan Haram selepas Hael serta Ezra memenangi AJL 32 pada tahun lalu menerusi lagi Jampi.

***

Berikut adalah keputusan penuh AJL 33 pada malam ini. REMAJA ucapkan tahniah kepada kesemuanya! Korang memang awesome.

Juara Lagu: HARAM (Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ezra Kong)

Naib Juara: BUNGA (Ara Johari, Kadok, Lak, Hang Nadim)

Tempat Ketiga: SAMPAI BILA (Misha Omar, Sharon Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)

Vokal Terbaik: MISHA OMAR (Sampai Bila)

Persembahan Terbaik: SUFIAN SUHAIMI (Di Matamu)

Kredit Foto: Instagram TV3 Malaysia

Published by
FZ