Sentimen yang dirasai oleh masyarakat beragama Islam berhubung isu keamanan yang dirobek daripada negara Palestin masih menebal biarpun kerajaan Israel hari ini telah mengumumkan genjatan senjata.
ARTIKEL BERKAITAN : Israel Setuju Laksana Gencatan Senjata Tamatkan Serangan Di Gaza – REMAJA
Di Malaysia, para selebriti dan pempengaruh turut berganding bahu dan menyokong saudara di Palestin sepanjang tempoh serangan dilakukan oleh rejim Israel ke atas nyawa yang tidak bersalah.
Ini termasuklah pelakon berbakat, Mimi Lana yang berkongsi mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada sebuah penggambaran fesyen/kecantikan sebagai tanda sokongan buat perjuangan saudara di Palestin.
Menerusi satu ciapan di akaun Twitter-nya, Mimi memaklumkan dirinya bakal terlibat dengan sebuah penggambaran bagi produk jenama mewah, Dior esok.
Bagaimanapun, Dior kini hangat diperkatakan setelah jenama itu dipercayai menamatkan kontrak bersama model antarabangsa, Bella Hadid berikutan kelantangan jelitawan berdarah Palestin itu memperjuangkan hak rakyat Palestin di media sosial serta menerusi protes jalanan, beberapa hari lalu.
Implikasinya, Bella digugurkan daripada kontrak lumayan bersama Dior. Biarpun belum diumumkan secara rasmi sama ada oleh Bella ataupun Dior, model itu telah menerima sokongan daripada masyarakat beragama Islam dari seluruh dunia dan mereka yang menentang kekejaman Israel di media sosial.
BACA LAGI : Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin? – REMAJA
Sentimen sama turut dirasai oleh Mimi Lana. Catatnya, “Keputusan kecil ini akan membawa makna terbesar. Saya bersama-sama dengan masyarakat Palestin dan Bella Hadid,” lalu mengakiri ciapan it dengan tanda pagar #FreePalestine.
The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid ! #FreePalenstine 🇵🇸 pic.twitter.com/j63xm4JF87
— Mimi Lana (@missmimilana) May 21, 2021
Ciapan itu disertakan dengan tangkap layar mesej yang dihantar Mimi kepada pengarah artistik bagi sesi penggambaran Dior tersebut.
“Saya kesal untuk memberitahu kamu yang saya tidak dapat buat penggambaran Dior kamu esok.
“Saya baru saja mendapat tahu Dior mengugurkan Bella Hadid kerana sokongannya kepada Palestin. Ini adalah (topik) sensitif buat kaum Muslim di negara saya sekarang sekiranya saya memuat naik apa-apa berkenaan Dior. Saya memohon maaf dan berharap kamu memahami.”
Terdahulu menerusi Twitter dan Instagram, Mimi juga merupakan salah seorang selebriti tempatan yang galak melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi retweet serta muat naik yang dihantarkan olehnya.