Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
Ads
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
Ads
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita ini menggemparkan buat semua peminat bekas ahli kumpulan 2PM itu. Penyanyi rap Korea, Jay Park yang sudah bergerak solo setelah sembilan tahun memberi kenyataan menerusi akaun Twitternya. Dia membuat keputusan tersebut selepas menyatakan tiada lagi ruang buatnya dalam industri hiburan.
Alaaaa sedihnyaaaa!
Im gonna retire in a couple years~ this is a promise to you guys and myself. Not a lot of space for guys like me left in this game.
At least, bukan terus berhenti kan? Selepas beberapa jam, Jay Park memuat naik link muzik video terbaru yang bakal dilancarkan di You Tube.
Tentu sekali peminat Jay Park tidak membenarkan perkara itu berlaku. Rata-rata dari peminatnya meminta agar Jay tidak berhenti daripada industri hiburan.
Alahai, apa-apa pun REMAJA dan peminat terus menyokong keputusan Jay Park meskipun ramai yang akan merindui seni rap dan tariannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini penonton melihat kelincahan lakonan Hairul Azreen dalam filem aksi Paskal, kini Hairul tampil berbeza menerusi watak Aiman menerusi filem romantik komedi, Pasal Kau.
Bergandingan bersama Janna Nick, filem yang berdurasi 1 jam 40 minit ini bakal ditayangkan secara eksklusif di saluran Netflix bermula 1 Oktober ini. Pasal Kau mengisahkan tentang Aiman yang bekerja di sebuah hotel dan jatuh cinta kepada pengunjung disitu. Namun begitu, berlaku satu perkara yang tidak disangka dan kemudiannya dia telah jatuh cinta dengan rakan sekerjanya.
Apa yang lebih menariknya dalam filem Pasal Kau adalah Hairul membawa watak yang berbeza tidak seperti sebelum ini.
“Mungkin pada mereka yang baru mengenali saya, mereka sudah terbiasa melihat lakonan aksi saya dalam filem Paskal dan Wira. Apa yang seronoknya dalam filem ini saya disuruh untuk menambah berat badan kerana perlu membawa watak seorang lelaki yang gempal,”
“Sebaik sahaja Adrian memberi kata putus bahawa dia kan meneruskan penggambaran filem ini, saya sudah mula makan banyak dan tidak lagi ke gym atau pun bersukan. Saya naik berat badan tak banyak, lebih kurang 5 kilogram sahaja. Itu pun kerana tempoh masa yang diberikan agak singkat. Jadi saya juga diberikan kostum supaya kelihatan agak besar sedikit,” jelas Hairul Azreen.
Jika sebelum ini Hairul lebih dilihat membawa watak aksi, namun baginya filem Pasal Kau ini adalah sesuatu yang menarik kerana dia berpeluang untuk mencuba watak yang lain daripada kebiasaan.
“Kalau ditanya sudah tentu watak aksi lebih mencabar kerana saya perlu banyak buat kerja, dan genre rom-com lebih relaks sedikit. Namun yang memberikan cabaran adalah saya perlu melakonkan watak berbadan gempal. Mungkin 5 kilo tu dilihat tidaklah naik banyak mana pun, tapi itu sahaja yang termampu saya buat dalam jangka masa singkat yang diberikan. Itu pun saya sudah tercungap-cungap kerana tidak lagi melakukan aktiviti lasak,” tambah Hairul lagi.
Bagi Janna Nick pula, sebelum ini dia telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Wira namun disebabkan jadual yang padat, Janna terpaksa menolak tawaran Adrian Teh selaku pengarah filem Pasal Kau.
“Saya menerima tawaran ini kerana tidak mahu lagi menghampakan Adrian. Bukan itu sahaja, saya juga yakin dengan hasil kerja Adrian sebab kita dah tahu profile dan saya tahu ramai lagi selebriti yang ingin bekerja dengannya jadi ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan,” jelas Janna.
Selain Hairul dan Janna, Pasal Kau juga turut dibintangi oleh Amirul Affendi, Namron, Henly Hii, Josiah Hogan dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kamu peminat tegar Wanna One, pasti kamu tahu bahawa kumpulan yang lahir dari program realiti nyanyian itu telah berpecah sejurus selepas kontrak sementara mereka tamat pada awal tahun 2019 lalu. Grup lelaki yang terdiri daripada 12 orang ini, menjadi fenomena dalam industri kpop sebaris dengan EXO, Seventeen, BTS, yang mempunyai fandom yang luar biasa.
Salah seorang ahli Wanna One yang mempunyai perwatakan yang lucu Ong Seong Wu meraih perhatian Wannables (fandom Wanna One) saat pihak agensi mengumumkan bahawa Ong Seong Wu akan bergerak solo. Nak tahu juga, sifat Ong Seung Wu ni macam mana kan? Ini fakta menarik jejaka berwajah kacak yang bernama Ong Seong Wu.
01
Trainee di Fantagio selama 8 bulan
Seong Wu sebenarnya trainee di bawah agensi Fantagio selama 8 bulan sebelum menyertai pertandingan Producer 101 musim ke-2. Fantagio telah banyak melahirkan pelakon-pelakon bertaraf A di Korea Selatan, antaranya Goong Hyo Jin, Gong Yoo, Jung II Woo, Astro Cha Eun-woo dan ramai lagi.
02
Seorang yang kelakar
Hampir ke semua ahli Wanna One mempunyai bakat dalam berjenaka, namun Ong Seong Wu antara yang mendapat perhatian peminat-peminatnya. Lihat saja lagaknya ketika menghadiri program tv, pasti tak kering gusi. Sila kawal tawa kamu bila tonton video bawah ini. Hiks
03
Mempunyai nama keluarga yang unik!
Nama keluarga Ong menjadi tanda tanya kepada masyarakat Korea, kerana ia unik. Tak ada keluarga yang mempunyai nama Ong melainkan keluarga Seong Wu. Ini turut diakui oleh dirinya sendiri. Sebab itulah, setiap kali dia memperkenalkan diri, dia akan berjenaka mengenai namanya. Comel kan?
04
Pernah bekerja sebagai barista sebelum Wanna One
Sebelum jejaka kacak ini menjadi selebriti, dia pernah bekerja sebagai barista di kafe, dan model sambilan. Seong Wu yang berusia 24 tahun ini melalui hari-hari mencabar untuk bergelar anak seni.
05
Tempat ke-5 dalam program Produce 101
Pada musim ke 2 rancangan Produce 101, rancangan tersebut memilih pelatih lelaki daripada setiap agensi yang mengeluarkan Idol(grup kpop), mereka harus melalui sesi ujibakat terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sejurus selepas Ong Seong Wu masuk ke dalam ruang ujibakat, juri sudah terpesona dengan kekacakkan Seong Wu dan hasil daripada nyanyian dan bakat yang ditonjolkan, Seong Wu dapat melayakkan diri ke final sekaligus memenangi tempat ke-5 dengan jumlah undian 984,756.
Ini yang buatkan REMAJA tak sabar nak pergi ke fan meeting pertama Ong Seong Wu yang akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur, Sabtu 23 Mac ini. Ini merupakan pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang bermula di Bangkok, Malaysia dan diakhiri dengan Singapura.
Tiket telah pun mula dijual pada 16 Februari lalu dengan harga RM580, RM480, RM380 dan RM280.
Untuk tempahan tiket boleh layari https://airasiaredtix.com/ atau maklumat lanjut di Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...