Anak mana yang tidak sedih jika ibu mereka melalui saat-saat sukar, tambahan lagi apabila masalah yanh dihadapi beliau itu menjadi bualan mulut satu Malaysia.
Setelah lebih setahun berdepan kemelut kes hadiah kemenangan penyanyi Aishah yang memenangi program Gegar Vaganza musim kempat, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau DS Vida dikejutkan oleh anaknya yang menyerahkan wang tunai RM100,000 agar isu ini pantas diselesaikan.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14 pada sidang media itu, dia tidak lagi mahu melihat ibunya itu menangis setiap malam.
“Kalau bantu mama pun insyaAllah (akan) dapat lagi (rezeki). Sedih tengok apa yang jadi kepada mama walaupun Cik B susah untuk sedih,” luahnya.
“Cik B tahu dan nampak mama seorang yang kuat. Tapi bila dia menangis kita pun (turut ingin) menangis. Jarang tengok dia sedih dan (ini) betul-betul berat bagi mama.
“Oleh itu, Cik B serahkan duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperolehi daripada ejen Singapura dan Malaysia kepada mama untuk dibayar kepada Aishah,” simpulnya.
Terdahulu, DS Vida menyatakan permohonan maaf rasmi secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Sibil 11 Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Tak apa Cik B. Rezeki Tuhan itu luas. Jika hari ini ibu gembira dengan pertolongan anaknya, tak mustahil satu hari rezeki akan kembali kepada anak tersebut.
Sofea Shra Alami Buah Pinggang Rosak Akibat Otot Koyak, Selepas Pulang “Spin Class”
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa senaman merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan secara berkala bagi mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan. Malah, ramai memilih untuk melakukan senaman ‘indoor’ seperti menyertai kelas yoga, kelas pilates dan ‘Spin Class’ yang semakin popular.
ARTIKEL BERKAITAN : Berlari & Pemakanan Seimbang ‘Rahsia’ Sofia Jane Kekal Jelita Dan Sihat
Pempengaruh popular, Sofea Shra baru-baru ini, berkongsi pengalamannya diserang kegagalan buah pinggang di laman sosial Instagram selepas pulang dari ‘Spin Class’.
Hal ini berlaku selepas Sofea menyertai kelas senaman “spin class”, Sofea mula merasai kesakitan pada otot kaki yang pada mulanya hanya dianggap kekejangan biasa.
Kemudian ia berlarutan sehingga menyebabkan pempengaruh ini tidak dapat tidur sepanjang malam. Sofea mengalami sakit tersebut hampir dua hari dan akhirnya dia membuat keputusan untuk ke hospital.
Malangnya, wanita berusia 26 tahun ini turut ditahan selama 5 hari di hospital untuk menerima rawatan selepas disahkan menghidap Rhabdomyolysis atau Rabdomiolisis.
” last week i saja teman kawan i pegi spin class. mind you, i ni bukan lah seorang yang exercise. tapi i just nak cuba sebab nampak mcm seronok.-salah i is i tak research anything about the exercise so i taktahu pape. lepas habis class, kaki i sakit sangat sangat tapi i ingatkan normal la mcm muscle sore gitu”
CK Dalam Badan Meningkat Lebih 180 Kali Ganda Berbanding Tahap Normal
Dia kemudian memaklumkan kepada doktornya untuk membuat ujian air kencing dan mendapati tahap creatine kinase (CK) di dalam badannya mencecah 55,000 unit per liter (U/L).
Untuk info, CK adalah sejenis enzim yang membantu otot menghasilkan tenaga dan boleh ditemui di jantung, otot rangka dan otak.
Tahap CK normal sepatutnya kurang daripada 300 U/L dan pesakit akan didiagnosis dengan rhabdomyolysis jika tahap ini meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda (1,500-100,000 U/L).
Rhabdomyolysis Boleh Terjadi Jika Abaikan Had Kemampuan Tubuh Badan
Kenali Penyakit Ini
Rabdomiolisis adalah satu keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi berbahaya, di mana otot-otot rangka pecah dan melepaskan kandungan sel-sel otot (seperti mioglobin) ke dalam aliran darah. Kandungan ini, terutamanya mioglobin, boleh merosakkan buah pinggang dan mengakibatkan kegagalan buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini sering dikaitkan dengan kecederaan otot yang teruk atau keadaan perubatan tertentu.
PUNCA : Rabdomiolisis boleh berlaku akibat pelbagai sebab, antaranya:
- Trauma atau kecederaan fizikal yang teruk – Kemalangan yang menyebabkan kecederaan otot, seperti kemalangan jalan raya atau kecederaan sukan, boleh mencetuskan rabdomiolisis.
- Senaman fizikal yang melampau – Aktiviti fizikal yang melampau seperti latihan ketenteraan, sukan maraton, atau senaman berlebihan boleh merosakkan otot.
- Penggunaan dadah atau alkohol – Penggunaan dadah seperti kokain, heroin, dan juga alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan mengalami rabdomiolisis.
- Jangkitan – Sesetengah jangkitan bakteria atau virus yang menyerang otot boleh menyebabkan rabdomiolisis.
- Keadaan perubatan – Penyakit seperti gangguan metabolik, penyakit autoimun, atau kecacatan genetik juga boleh menjadi penyebab kepada rabdomiolisis.
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu – Sesetengah ubat, terutamanya statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol, boleh meningkatkan risiko rabdomiolisis, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi.
GEJALA : Gejala rabdomiolisis boleh berbeza-beza bergantung pada keparahan keadaan dan punca yang menyebabkannya. Antara gejala yang biasa termasuk:
- Sakit otot – Kesakitan yang teruk pada otot, terutamanya di bahagian kaki, lengan, atau punggung.
- Kelemahan otot – Otot menjadi lemah dan sukar untuk bergerak.
- Air kencing gelap – Warna air kencing berubah menjadi coklat atau merah kerana kehadiran mioglobin dalam air kencing.
- Bengkak – Bahagian otot yang terjejas mungkin membengkak.
- Kelesuan dan keletihan – Pesakit mungkin merasa sangat letih dan tidak bermaya.
Komplikasi Rabdomiolisis boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak dirawat.
* Jadi korang jadikan perkongsian Sofea sebagai pengajaran dan iktibar, lakukan senaman secara berkala, bukan dengan tiba-tiba dan keterlaluan pula. Moga Sofea Shra sembuh dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rakyat Malaysia Memang Prihatin, Ramai Bantu Mangsa Banjir Tanpa Harap Ganjaran
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Begitulah perumpaan paling tepat untuk bercakap mengenai situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.
Bencana banjir yang kini melanda beberapa negeri masih pada tahap kritikal memandangkan air yang naik mendadak menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Lalu apabila melihat kisah rakyat yang berdepan kepayahan hidup sekarang, ramai yang tampil dengan hati yang ikhlas untuk menghulurkan bantuan.
Ini dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Helmi Erdy yang telah menangkap layar (screenshot ) kompilasi perkongsian warganet di media sosial mengenai bantuan yang dihulurkan orang ramai.
Perkongsian ini jelas menunjukkan bertapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam soal membantu tanpa mengenal perbezaan di antara kita. Memang terharu dibuatnya!
Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji apabila semua pihak sama-sama berganding bahu memberi bantuan.
Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan. Dia dilaporkan sanggup datang dari Melaka dengan memandu Perodua Viva yang membawa bot persendirian demi membantu mangsa banjir!
ARTIKEL BERKAITAN : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’
Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai @KulupKudin bertukar tular apabila dia memuat naik foto Abang Azwan yang gigih membawa botnya di bahagian atas kereta.
Jom lihat beberapa lagi perkongsian yang menunjukkan pelbagai pihak yang sudi berkongsi bantuan kepada yang terjejas. Macam-macam bantuan dihulurkan. Tak percaya? Jom lihat di bawah:
*
*
Biarpun bencana banjir pada tahun ini merupakan satu ujian besar bagi rakyat Malaysia, ia juga secara tidak langsung menjadi bukti kepada semangat kebersamaan dan kasih sayang masyarakat tempatan terhadap golongan yang terkesan, khususnya dalam kalangan warga Lembah Klang.
Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terjejas.
REMAJA percaya ramai lagi yang telah tampil menghulurkan bantuan. Contoh di atas ini hanyalah sebahagian daripada kelompok yang lebih besar. #KitaJagaKita kan, syabas semua!
BACA LAGI : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir
Sumber : Facebook Helmi Erdy
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tenggiling Juga Terpaksa Jalani Ujian Saringan, Selepas Menjadi Kontak Rapat
Berita tentang penularan wabak Covid-19 ini tidak lagi asing bagi manusia, tetapi apa yang menghairankan adalah jika kita dengar berita tentang haiwan juga perlu menjalani ujian swab test setelah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Kejadian ini terjadi di India, dimana seekor tenggiling terpaksa menjalani ujian tersebut setelah ia ditemui di rumah seorang penyeludup yang dijangkiti virus itu.
Tenggiling tersebut telah ditemui selepas serbuan dilakukan keatas rumah si penyeludup di daerah Mayurbhanj, Odisha.
Menerusi perkongsian rakaman video daripada Awani, ianya menunjukkan beberapa pegawai kesihatan di India sedang mengambil sampel daripada hidung haiwan seberat 8 kilogram ini. Pegawai Perhutanan Daerah juga telah mengarahkan agar tenggiling itu menjalani proses kuarantin sebelum dibebaskan semula.
Menurut kenyataan WWF (Tabung Perlindungan Haiwan Liar), tenggiling adalah antara yang paling banyak diperdagangkan walaupun dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Tenggiling juga sering diburu sebagai makanan eksotik, dan dipercayai kulit mamalia bersisik itu mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional.