Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini telah mencadangkan agar pergerakan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan berikutan situasi kes baharu COVID-19 yang masih mencatatkan angka membimbangkan.
Semalam saja, Malaysia telah mencatatkan 1,889 kes baharu berbanding 1,767 kes pada hari Selasa.
Sumber Foto: Bernama
Menurut beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menerima pelbagai rayuan agar pihak kerajaan menangguhkan kebenaran untuk merentas negeri kerana enggan memburukkan lagi keadaan semasa.
“Seperti mana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April.
“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan.
“Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media hari ini semasa melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’.
Sumber : BERNAMA
Mata Bengkak Dan Hampir Buta Gara-Gara ‘Lash Extension’, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ngeri
Biasalah bila bercakap tentang beauty trend, seorang buat, semua pun nak buat juga.
Trend eyelash extension untuk memanjangkan bulu mata ini bukan sesuatu yang baru di kalangan masyarakat kita. Ia umpama memakai maskara setiap hari tanpa perlu memakai pun maskara ataupun bulu mata palsu. Get it?
Memang guarantee bulu mata panjang setiap hari.
Namun, seorang wanita yang dikenali sebagai Jessica Shannon mendedahkan majlis hari jadinya terganggu gara-gara alami alergik terhadap lash extension. Kesan alergik tersebut membuatkan matanya menjadi bengkak sehingga tidak boleh dibuka dan hampir buta.
Alamak!
Siapa yang tak nak bulu mata panjang, kan? Tapi ada perkara yang dialami oleh Jessica sangat menakutkan. Jessica yang melakukan lash extension pada September lepas mengatakan matanya berada dalam keadaan yang baik selepas itu. Tetapi semuanya berubah selepas dua hari kemudian matanya menjadi bengkak sepenuhnya.
Pada bahagian kelopak matanya menjadi melekat dan sakit. Pada masa yang sama, matanya juga mula menjadi gatal-gatal dan berair sehingga tidak boleh melihat.
“Semasa keluar untuk majlis hari jadi, mata kiri saya sudah merah tetapi tak sakit dan gatal. Sebaik sahaja bangun tidur keesokkan hari, mata saya sudah bengkak teruk.
Saya cuba buka mata dengan jari tetapi masih tak nampak apa-apa.”
Mendapatkan Rawatan
Bimbang menjadi buta sepenuhnya, Jessica terus ke bahagian A&E (Jabatan Kemalangan & Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan. Setelah mendapatkan rawatan, doktor mengatakan kornea sudah melecet disebabkan oleh gam bulu mata. Ketika itu juga doktor terpaksa mencabut bulu matanya.
“Kornea mata saya melecet disebabkan oleh gosokkan dan mungkin saya telah menggaru bola mata saya. Manakala gam bulu mata membuatkan mata tidak berhenti berair dan bulu mata menjadi bergumpal.”
Doktor mendedahkan sebenarnya lash extension yang dilakukannya itu tidak dipasang dengan betul kerana ia tersangkut separuh di bawah bulu mata sebenar sehinggakan menyebabkan matanya terluka.
Ngerikan dengar pengalaman wanita ini? Setiap rawatan kecantikan pasti mempunyai risiko tersendiri. Dalam hal eyelash extension ini, antara side effect yang ada adalah kegatalan dan tanda kemerahan. Jadi langkah terbaik sekiranya korang ingin juga mendapatkan eyelash extension adalah dengan mereviu terlebih dahulu sijil kelayakan salun tersebut, kelayakan pakar dan apa yang pernah diperkatakan oleh pelanggan mereka sebelum ini.
Selain itu, pakar juga haruslah memiliki pengalaman dalam rawatan eyelash extension ini sekurang-kurangnya setahun. Dalam tempoh tersebut, mereka pastinya sudah memiliki senarai pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan ini.
So, masih ingin meneruskan eyelash extension? Keputusan terletak dalam tangan korang.
Penstrukturan Semula UiTM. Tiada Lagi Nama Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Kini Dikenali Sebagai…
Hari ini kecoh di media sosial apabila berita mengenai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA tidak akan dikenali dengan nama tersebut lagi apabila penstrukturan baharu akademik dilaksanakan.
Ada yang tidak berpuas hati apabila perkara ini diumumkan bimbang segala apa yang dibina selama 50 tahun akan hilang dan legasinya akan putus. Tidak kurang juga ada yang menyatakan pengabungan fakulti yang dilakukan tidak bersesuaian sehingga mewujudkan petisyen mengumpul tandatangan membantah transformasi tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tular Poster Tamatnya Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, Rupa-Rupanya…
Kini Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bakal dikenali sebagai Pusat Pengajian Komunikasi dan Media yang akan diletakkan di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Komunikasi. Kolej tersebut merupakan gabungan bersama dua lagi fakulti lain iaitu Fakulti Komputer Sains dan Matematik dan Fakulti Pengurusan Maklumat.
Namun penjelasan yang dibuat di laman Facebook UiTM MassCom memberikan penjelasan lebih lanjut tentang penggabungan ini. Ternyata ia merupakan satu agenda untuk memperkasakan akademik pelajar agar lebih ke hadapan.
Memetik maklumat yang dimuat naik, perubahan ini melibatkan pengoperasian universiti dan tidak akan mengganggu bidang sedia ada. Malahan sebagai nilai tambah penstrukturan ini akan dapat menghasilkan bidang tujahan baru tanpa mengurangkan sedikit pun apa yang telah dibangunkan oleh fakulti selama 50 tahun ini.
Perubahan yang dilakukan ini juga memgambil kira perubahan di dalam kategori bidang menerusi National Education Code 2020 yang telah menggabungkan komponen informatik di dalam bidang komunikasi.
Menurut maklumat yang diberikan lagi, perubahan yang berlaku adalah selari dengan transformasi Kajian Sebaran Am kepada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Kini transformasi terus dirai kepada transformasi Pusat Pengaajian Komunikasi dan Media di bawah Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook UiTM MassComm Kredit Foto: Facebook Elena Tengku
Setahun Berlalu 6 Anggota Bomba Lemas, Keluarga Masih Terima Gangguan Misteri
Tentu ramai masih ingat tragedi sedih melibatkan enam wira negara dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban semasa menyertai operasi menyelamatkan seorang remaja lemas Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong tahun lalu.
Hari ini, tepat 3 Oktober, kenangan mengenai enam anggota bomba ini kembali melintas di ingatan. Sudah setahun kejadian ini berlalu namun lukanya begitu mendalam untuk diingati. Ini kerana dalam sejarah pasukan bomba, belum pernah terjadi sebegitu ramai anggota penyelamat meninggal serentak dalam satu operasi dan kejadian ini pastinya terpahat kukuh di ingatan rakyat Malaysia yang menzahirkan simpati atas kejadian yang berlaku.
Al-Fatihah (dengan bacaan) buat kesemua anggota bomba terlibat iaitu allahyarham Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omar baki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 yang mana hasil siasatan mendapati punca kematian terjadi disebabkan tali terbelit.
Dalam pada itu, majalah REMAJA sempat menelefon ibu kepada Muhammad Ilham Fahmy mengenang setahun kejadian tragis ini terjadi.
Tatkala nama Ilham Fahmy disebut, kedengaran esak tangisnya.
Mengakui hatinya sudah sebak sejak awal pagi lagi (sebelum REMAJA menelefonnya lagi pada sebelah petang) Rosmilawati Saidin, 46 atau mesra disapa Watie berkata, sekali pun sudah setahun kejadian menimpa anaknya namun kenangan itu tidak pernah padam walau sehari.
“Seminggu dua atau tiga kali saya dan suami akan ke kubur anak. Bacakan Yassin dan “berbual” dengannya. Walau arwah tak pernah mendengar lagi tapi ia satu cara saya untuk menghilangkan rindu terhadapnya,”katanya mengakui tidak pernah terlepas nama anaknya dalam solat dan doanya setiap hari.
“Betul-betul rindu tapi Allah lebih sayangkannya,” katanya memaklumkan dia kini bekerja secara sambilan menolong kawan berniaga di restoran (kawan ini merupakan antara individu yang turut menyelam mencari arwah ketika kejadian) demi mengisi masa lapangnya sejak kejadian.
Di sebalik rasa rindu yang masih menebal terhadap arwah anak, tentu ramai masih ingat tentang berita yang pernah REMAJA siarkan mengenai gangguan hantu lombong yang dihadapi Watie sekeluarga. Malah semasa liputan meluas itu juga, ada sebuah laman web turut memaklumkan di lombong berkenaan adalah tempat tinggal 14 juta jin yang sudah berkurun mendiami lombong berkenaan. Malah REMAJA juga pernah melaporkan secara eksklusif gangguan dihadapi Watie dan suaminya, Mohd Azzam dengan pergi ke kediaman mereka selepas kejadian ini menimpa.
Percaya atau tidak, gambaran rambut mengerbang yang pernah dirakam melalui lensa kamera ketika Watie pengsan selepas meratap saat mayat anaknya dibawa naik ke darat (Ilham Fahmy dijumpai sehari selepas kejadian – 4 Oktober 2018), wanita yang diuji dengan kehilangan anak ini mengakui masih lagi diganggu oleh hantu lombong berkenaan.
“Sudah banyak tempat saya pergi berubat dan semua ustaz memaklumkan hal yang sama. Saya sendiri takut untuk tinggal di rumah ketika malam. Lampu sentiasa dipasang sama seperti tahun lalu. Kalau duduk dalam gelap, bulu roma meremang.
“Malah hantu ini pernah muncul dalam mimpi dan menunjukkan wajahnya. Ada dua ekor, satu sama seperti rambut mengerbang dan satu lagi dengan muka rompong sebelah,” katanya memaklumkan, bunyi orang melompat di dalam rumah dan bunyi sudu dilaga-lagakan ke cawan antara gangguan biasa dihadapinya.
“Ada macam-macam lagi termasuk dialihkan kerusi, ada bunyi-bunyi menyeramkan dan paling takut, seperti ada mata melihat,” katanya yang senang membuka lampu sehingga pagi bagi mengatasi ketakutannya.
“Paling takut bila hantu itu muncul dalam mimpi, berkali-kali seolah-olah ingin memberi tanda dia ada di sekeliling kami. Kami sudah puas berubat tetapi masalah ini tetap sama dihadapi,”katanya yang akhirnya enggan lagi bertemu pengamal perubatan sebaliknya hanya berserah pada Allah taala.