Ramai yang meluahkan rasa bimbang jika ada penjual yang menaikkan harga face mask gara-gara masyarakat sudah diwajibkan untuk memakai pelitup muka sejak 1 Ogos yang lalu.
Namun begitu, khabarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan harga siling penutup muka lebih rendah daripada RM1.20 melalui Dewan Rakyat hari ini.
Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.
Menurutnya lagi, melihatkan kepada maklum balas umum, mereka sudah berbincang dan mungkin akan menurunkan lagi harga bawah daripada RM1.20.
Kenyataan ini dibuat bagi menjawab persoalan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), bagi mengetahui apakah langkah yang diambil oleh KPDNHEP untuk memastikan harga pelitup muka diturunkan.
Pada 23 Julai lalu, Nanta mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.
Diharap agar harga face mask ini diturunkan lagi harga kerana tidak semua mampu untuk membelinya. Mana tidaknya, bila harus dipakai setiap hari sudah tentu ia memerlukan kuantiti yang banyak. Bagi yang mampu mungkin tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula mereka yang tidak mampu?
Kami rasa usaha yang dilakukan ini adalah tindakan yang bijak untuk mengurangkan sedikit beban golongan yang tidak berkemampuan.
Sumber: Bernama