
Pengikut setia gajet jenama Apple pastinya ternanti-nanti harga rasmi bagi keluaran iPhone XS dan iPhone XS Max.
Penantian korang akhirnya berakhir apabila Apple Malaysia telah pun mengeluarkan harga rasmi bagi telefon pintar terbaru tersebut. Pelanggan boleh membuat pre order bermula jam 3.01 petang pada 19 Oktober ini.
Nah sebelum tu, hadamkan dulu berapa harga yang perlu korang bayar jika teringin nak memiliki produk terbaru Apple ini.
iPhone XS 64GB: RM4999
iPhone XS 256GB: RM5699
iPhone XS 512GB: RM6649
iPhone XS Max 64GB: RM5399
iPhone XS Max 256GB: RM6099
iPhone XS Max 512GB: RM7049
Perghh, boleh tahan juga harganya. Tapi kalau mampu apa salahnya kan. Kalau yang rasa macam tak mampu, tak perlulah sampai korang nak meminjam duit semata-mata nak dilihat up-to-date.
Belilah ikut kemampuan!
Baru Menang Satu Perlawanan, Pemain Arab Saudi Untung Besar Dapat Rolls Royce?

Piala Dunia FIFA 2022 tidak perlu menunggu lama untuk melakar kejutan terbesar dalam penganjuran kejohanan bola sepak terbesar dunia itu setelah pasukan Arab Saudi berjaya menundukkan pasukan Argentina, 2-1 Selasa lalu di hadapan 88,012 penonton stadium.
Peluang bermain di bumi Timur Tengah, Qatar telah dimanfaatkan oleh Arab Saudi apabila ia meledakkan gol menerusi pemain Saleh Alshehri diikuti gol Salem Aldawsari dalam masa lima minit shaja setelah separuh masa kedua bermula.
Walaupun ia baru perlawanan pertama Arab Saudi dalam kempen kali ini, ia sudah cukup membanggakan seluruh negara tersebut sehinggakan Raja Salman bertindak mengumumkan cuti umum di sana, semalam.

Susulan kemenangan itu, media sosial tertanya-tanya apakah habuan yang diterima oleh pasukan Green Galcons itu daripada Raja mereka.
Ini memandangkan warganet masih ingat akan hadiah mewah yang diterima pemain Arab Saudi sewaktu Piala Dunia FIFA 1994. Mereka merupakan pasukan pada ranking terendah berbanding semua pasukan yang bertanding di Amerika Syarikat pada waktu itu.
Namun Arab Saudi berjaya melangkah ke pusingan kedua susulan ‘gol magis’ Saeed Al-Owairan semasa pertemuan dengan Belgium dan ia masih dianggap sebagai salah satu jaringan paling hebat dalam sejarah Piala Dunia. Lantas, Raja Arab Saudi pada waktu itu telah menghadiahkan kereta mewah Rolls-Royce kepada penyerang itu.
Khabarnya kali ini, seluruh pasukan yang bermain untuk Arab Saudi akan menerima kenderaan Rolls-Royce Phantom dan wang habuan bernilai satu juta Dollar!

Ura-ura ini berterbangan setelah usahawan terkenal dari India, Suhel Seth memuat naik ciapan yang beerkata Putera Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman akan memberikan hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan Arab Saudi.
What a match! MBS will now give each player of the KSA TEAM one Rolls Royce each in addition to a billion dollars EACH for winning against Argentina!
— SUHEL SETH (@Suhelseth) November 22, 2022
Bukan hanya dua penjaring gol tau tetapi seluruh pasukan! Gila tak gila kekayaan Arab Saudi?
Untuk pengetahuan, harga kenderaan jenis Phantom keluaran 2022 itu bernilai di antara USD460,000 ke USD550,000.
P.S: Agak-agak kalau Malaysia layak ke Piala Dunia, apalah habuan yang akan mereka perolehi daripada Kementerian Belia & Sukan? Hehe..
ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenderaan Terjunam Di Gaung Laluan Balak, Niat Guru Kembali Mengajar Tidak Kesampaian

Seorang guru menemui ajal dalam perjalanan ke penempatan sekolahnya apabila kenderaan dinaiki terjatuh di dalam gaung di laluan balak berdekatan Ulu Baram, Sarawak.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Cikgu Nur Anisah Othman yang juga guru di SK Lio Mato selesai menjalani kuarantin di Miri kerana baru kembali dari Semenanjung dan perlu kembali mengajar ke sekolah.
Dipercayai kenderaan pacuan empat roda yang dipandu tranporter dinaiki bersama tiga rakan lain terjunam kepada gaung di Jalan Balak berhampiran Kg Long San, Baram pada jam 5.47 petang. Allaharham meninggal di tempat kejadian manakala tiga penumpang termasuk pemandu kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.
Menyedihkan, sejurus kemalangan ini terjadi, rakan kepada mangsa iaitu Cikgu Hairileqhwan Firdaus Fadzil sempat membuat panggilan telefon namun butirnya tidak jelas disebabkan gangguan talian yang tidak stabil.
Jenazah mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Long San, Baram dan seterusnya dibawa ke Hospital Miri dengan bantuan Ngo di Long San.
Berasal dari Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang, guru yang sudah lama menabur bakti mengajar anak mangsa di bahagian pendalaman Sarawak akan diterbangkan ke Pulau Pinang untuk urusan pengkebumiannya.
Malah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta rakan taulan merakamkan ucapan takziah kepada guru berdedikasi ini.
Diminta Hubungi Bilik Gerakan Covid-19, Penumpang MYBAS Dari KLIA 2 ke Nilai Sentral Sila Ambil Perhatian.

Kes Covid-19 semakin menjadi-jadi dan setiap hari kini jangkitan melepasi tiga angka dengan kes terbanyak seramai 691 orang disahkan positif dalam sehari kira-kira dua hari lalu.
Terbaru dalam sebuah hantaran di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, di pohon kerjasama semua penumpang yang menaiki pengangkutan awam MYBAS bernombor pendafatran NDH 2259 laluan KLIA 2 ke Nilai pada 30 September 2020 yang berlepas jam 9 malam dari platform B10, KLIA2 dan tiba pada jam 10 malam di Nilai Sentral untuk menghubungi bilik Gerakan Covid-19 dalam kadar segera.
Penumpang yang berada di dalam bas tersebut Ketika itu bolehlah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di talian 06-7634809. Pusat Kesihatan ini beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga jam 4.30 petang setiap Isnin sehinga Jumaat. Manakala pada hari minggu ia dibuka bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 petang.
Terbaru setakat semalam, 489 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes 13,993 kes keseluruhan.
***P/S – Kes semakin teruk, sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kalau lokasi anda merupakan kawasan merah atau dikenakan perintah kawalan bergerakan bersasar, sila duduk di rumah sahaja.
Sumber: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.