Bertempat di Tiffin at the Yard di Sentul semalam, REMAJA berkesempatan untuk mencuba sendiri kelebihan yang ada pada model Galaxy S21 FE 5G ini. Khabarnya ia adalah peranti paling sesuai dengan golongan remaja serta belia yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan.
Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, rekaan model yang minimal, ‘performance’ yang cukup kuasanya serta fungsi kamera yang telah ditambah baik pada bahagian belakang DAN hadapan.
Pada tahun lalu, Samsung Malaysia pernah memperkenalkan model FE atau Fan Edition ini menerusi Galaxy S20 dan ia telahpun menerima sambutan yang menggalakkan. Kami percaya menerusi Galaxy S21 FE 5G, korang juga akan berpuas hati sekiranya model ini jatuh ke tangan korang dek kerana ia direka khas bagi peminat jenama Samsung sendiri.
Ads
Bercakap mengenai fungsi kameranya, ia dilengkapi kamera Ultra Wide 12MP, kamera Wide 12MP, kamera Telephoto 8MP, kamera Selfie 32 MP (uh wow!) dan Space Zoom 30x.
Galaxy S21 FE 5G juga didatangkan dengan paparan skrin seluar 6.4 inci dengan Dynamic AMOLED 2x Display3 yang selesa apabila diletakkan pada tapak tangan dan dilihat pada jarak dekat. Dua pilihan bagi memori 8GB RAM yang disediakan terdiri daripada internal storage berkeluasan 128GB dan 256GB.
Empat pilihan warna yang disediakan adalah : Graphite, White, Olive, dan Lavender.
Perkara utama yang korang nanti-nantikan tentulah harganya, bukan?
Bagi model Galaxy S21 FE 5G (256GB), ia dijual pada harga RM3,099 manakala Galaxy S21 FE 5G (128GB) pula boleh didapati pada harga RM2,899. (Just get the 256GB, trust us you will need it!)
Tempahan yang dibuat bermula 6 Januari (hari ini) hingga 10 Januari 2022 juga akan menerima beberapa promosi menarik Samsungtermasuklah e-baucar bernilai RM350, pakej Samsung Care+ satu tahun bagi kerosakan tidak disengajakan dan pembaikan liquid damage bernilai RM220.
Ads
Korang yang menempah bermula 6 Januari (hari ini) sehingga 28 Februari 2022 juga akan ditawarkan peluang untuk mendapatkan aksesori terpilih dengan diskaun 30 peratus seperti :
a) Silicone Cover dengan Strap
b) Smart Clear View Cover
c) Clear Standing Cover
d) Silicone Cover
Ads
e) Slim Strap Cover
DAN diskaun 20 peratus lagi bagi aksesori seperti Galaxy Watch4 Classic, Glaxy Watch4 atau Galaxy Buds.
Tawaran ini dapat korang rebut di stor atas talian Samsung Malaysia, stor fizikal Samsung Experience dan di lokasi rakan kongsi sah Samsung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira empat bulan yang lalu, permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah pun dibuka dan kini khabarnya sebanyak 350,000 tablet jenama Samsung telah dipilih dan akan mula diagihkan secara percuma kepada pelajar B40 mulai bulan ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata jawatankuasa pemilihan telah memilih jenama Samsung yang memperolehi tawaran terbuka melibatkan lima pembekal bagi lima zon berbeza iaitu Sabah dan Sarawak, Utara, Tengah, Timur serta Selatan.
Kerajaan dikatakan akan membuka semula permohonan gajet percuma di bawah inisiatif Program PerantiSiswa selama 60 hari mulai 1 Ogos hingga September. Permohonan itu membabitkan pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tidak lama lagi.
Khabarnya, kerajaan turut bersetuju untuk memperluaskan kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan berbanding hanya pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Kelayakan bagi pemohon turut diperluaskan kepada pelajar program asasi, matrikulasi, semester satu dan dua di sekolah menengah yang dahulu dikenali sebagai Tingkatan 6 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Permohonan ini akan dibuka sehingga 30 September bagi mereka yang belum buat permohonan dan pelajar diploma di kolej vokasional juga boleh memohon. Hal ini bagi memastikan tiada yang tercicir, proses rayuan dibuka kepada 40 peratus pemohon yang tidak berjaya.
Bagi korang tidak berkesempatan memohon atau permohonan telah ditolak sebelum ini, korang masih lagi berpeluang untuk mendapatkan bantuan gajet ini. Semoga dengan adanya inisiatif PerantiSiswa sedikit sebanyak meringankan beban dan membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, peminat sukan e-Sports pasti akan bersiap sedia untuk mengikuti pertarungan sengit Predator League 2020 di Malaysia.
Pertandingan e-Sports yang dibawakan oleh Acer Malaysia ini adalah bagi memilih juara tempatan yang akan mewakili Malaysia di peringkat Asia Pacific Predator League 2020 di Manila, Filipina tidak lama lagi.
Kami pasti 16 buah pasukan yang akan bertanding pada 9 dan 10 November ini akan melakukan sebaik mungkin bagi merebut peluang tersebut dan juga memenangi sejumlah hadiah bernilai RM100,000!
Korang boleh menonton pertarungan itu secara LIVE di laman web Shopee pada hujung minggu ini dari jam 9 pagi hingga 10 malam dan menyokong pasukan kegemaran korang.
Istimewanya juga pada Sabtu ini (esok, 9 November), Acer Malaysia turut melakukan tawaran khas Predator League Sale di Shopee. Peminat sukan e-Sports dan peminat produk Acer boleh mendapatkan beberapa produk terpilih pada harga yang lebih rendah.
Antara yang ditawarkan termasuklah..
01
ACER Nitro 5 Gaming Laptop SP
HARGA ASAL RM2,999 HARGA TAWARANRM2,649
02
ACER LED Gaming Monitor
HARGA ASAL RM599 HARGA TAWARANRM499
03
Jersi Acer Predator League + Topi Predator
HARGA ASAL RM169.80 HARGA TAWARANRM109
04
Predator League Merchandise Set (Bomber Jacket, Jersi, Top Predator & Beg Kalis Air)
HARGA ASALRM568.70 HARGA TAWARAN RM281
Pastikan korang mengumpul dan menggunakan baucar untuk menikmati lebih potongan harga semasa membeli. Tawaran ini HANYA SAH pada hari esok (9 November 2019) pada jam 12 tengah malam, 9 pagi dan 4 petang SAHAJA.
Ia bukan tawaran biasa-biasa kerana korang terlebih dahulu sudah shopping pada harga lebih rendah sebelum tawaran besar-besaran Shopee pada 11 November kelak.
Kesemua produk yang dijual adalah 100% original dan disokong dengan waranti. Untuk info lanjut mengenai tawaran dan promosi Acer ini, layarai laman web mereka di https://shopee.com.my/m/acer-predator-league.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...