Jika ada dalam kalangan korang yang sedang berhajat untuk membeli kereta, kami ada berita baik untuk korang apabila Perodua Myvi kini sudahpun membuka tempahan bagi model terbaharu mereka!
Menerusi laman web rasmi Perodua, sekeping foto acah (teaser) telah pun didedahkan dengan menampilkan bahagian sudut bumper
depan dengan lampu LED vertikal.Myvi (2022) ini khabarnya akan menampilkan teknologi penjimatan bahan api, sarat teknologi keselamatan pintar dan memberikan lebih akses dan kawalan kepada pemandu.
Harganya pula bermula serendah RM45,700 hingga RM58,800 untuk pasaran Semenanjung Malaysia; tanpa insurans. Ia didatangkan dalam lima jenis varian terdiri daripada 1.5L AV (Advance), 1.5L H, 1.5L X dan dua varian 1.3L G. Semua varian ini didatangkan dalam transmisi automatik.
Foto: Pandu Laju
Seperti biasa, pembeli akan sukar membuat pilihan untuk memilih di antara enam warna yang ditawarkan oleh Perodua. Paling mencuri tumpuan tentulah warna baharu serba merah ini yang dikenali sebagai Cranberry Red (merah pekat). Turut ditawarkan adalah warna Electric Blue (biru), Granite Grey (kelabu), Lava Red (merah terang), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).
Haa, macam mana guys? Kalau kena dengan bajet korang, bolehlah terus buat tempahan model Myvi terbaharu ini ya. Memang berbaloi!
Sumber: (1)