Harga Pasaran Minyak Mentah Dunia Jatuh Ke Tahap Negetif, Apa Kita Kena Tahu?

Share

Di sebalik isu pandemic COVID-19 yang mengakibatkan dunia “mulai lumpuh” berkaitan masalah kesihatan, ketakutan terhadap masalah ekonomi yang dijangka berlarutan mulai nampak kesannya. Ini kerana mulai semalam, harga minyak mentah semalam dilaporkan berharga USD 5 atau bersamaan RM25 setong bagi  West Texas Intermediate (WTI) keluaran US.

Namun update pada jam 2.30 malam tadi, diberitaka, harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau, negatif! Dengan kata lain bagi minyak mentah US ini harga air mineral lagi mahal

Bacalah perkongsian dari Muhammad Mamzah mengenai kejatuhan harga minyak ini dan galakan menggunakan minyak Petronas yang mana  selama ini syarikat petroleum ini banyak membantu menaikkan ekonomi negara. Ya kita perlu jaga kita kerana Petronas adalah kebanggan negara.

Ya kita perlu bersatu hati demi negara yang kita sayangi.

Kepada rakyat MALAYSIA, Sebarkanlah mesej ini.


Isilah minyak di Petronas. Gunakanlah apps Setel yang Petronas buat tu. Ini bukan kempen politik. Ini kempen selamatkan negara.

Jika anda tidak isi guna Petronas, maka tiada lah lagi BPN banyak-banyak di masa akan datang. Ini cerita serius, bukan main-main. Ketika status ini ditulis, harga minyak dunia sudah mencecah USD 5 / barrel.

Banyak bantuan kerajaan kepada kita dikeluarkan berdasarkan dana unjuran Petronas mengikut harga pasaran minyak dunia. Ketika Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2 dibuat, ia dikira berdasarkan unjuran harga minyak dunia di atas 38 USD / barrel.

Tetapi, malam ini harga minyak dunia telah mencatatkan sejarah terburuknya sepanjang peradaban manusia. Satu tong hanya bernilai USD 5 atau RM25 sahaja! Satu tong barrel ini bersamaan 158 liter padu minyak mentah. Ini bermakna, sepinggan Nasi Arab lebih mahal daripada satu tong kecil minyak mentah dunia!

Penurunan harga ini dijangka akan berterusan sehingga melakukan ‘a new freefall’ tidak lama nanti sehingga mencecah new milestone: -4 USD / Barrel atau 0.04 USD / Barrel. Ini petanda buruk bagi warga oil n gas secara khususnya dan petanda buruk bagi Malaysia secara amnya.

[UPDATE 2.30am 21 April 2020] Harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau… negatif!


Salam takziah buat sekalian pekerja-pekerja oil n gas seluruh dunia. Buat pekerja ong darat (jurukaunter, jurupam dll), bertabahlah menghadapi masa akan datang. Berdoalah agar jawatan anda kekal dan jika tidak kekal sekalipun, berdoalah agar anda dapat pekerjaan baharu yang lebih baik.

Jangan salahkan kerajaan kerana harga pasaran dunia bukan ditentukan kerajaan. Sebaliknya bertabahlah menghadapi ujian ini. Bersyukurlah kerana kita satu-satunya di dunia yang punya kerajaan yang telah banyak membantu rakyat. Semuanya tidak lain, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Petronas.

Inilah masanya kita membantu semula kerajaan yang telah banyak bantu kita selama ini. Saya dah pun setia bersama Petronas sejak belasan tahun yang lalu. Kerana saya tahu, kemakmuran Malaysia ini disumbang sebahagian besarnya oleh Petronas.

Pada asalnya, sekeluarga saya mengisi minyak Mobil dan Petrojet. Tetapi setelah kesedaran sampai, arwah ayah saya pernah berpesan…

“Kita ini hidup sudah banyak dibantu kerajaan. Jadi inilah sumbangan kecil kita kepada kerajaan. Isilah Petronas ini sampai bila-bila. Ambil kad ayah ni dan gunalah bila-bila.”

Itulah pesan arwah ayah saya satu masa dahulu ketika memberikan saya menggunakan kad Mesra miliknya. Sehingga hari ini saya masih simpan lagi. Terima kasih ayah kerana memberikan kesedaran ini awal kepada saya.

Ayuh sebarkan kesedaran ini kepada masyarakat am diluar sana. Ini sebahagian bentuk jasa kita kepada negara. Jika bukan anda yang membantu negara, maka siapa lagi? Jangan tanya apa bantuan kerajaan kepada kita, tetapi tanyalah diri anda berapa banyak telah aku bantu negara ini??

Sebagai menghargai jasa saya mngeluarkan bacaan fundamental awal… Install lah SETEL apps yang dicipta oleh Petronas bagi membantu dan memudahkan rakyat Malaysia dalam isi mengisi minyak. Gunakan link dan code berikut:

My referral code: ykycu
https://www.setel.my/ref/ykycu

InsyaALLAH, sedikit sebanyak jika kita bantu membantu, ketika tibanya waktu sukar nanti, ada jalan keluar ALLAH SWT berikan kepada kita.

Anda dibenarkan untuk copy paste artikel ini dan menukar link code SETEL tersebut kepada code anda. Ayuh sebarkan, asalkan mesej ini sampai kepada semua rakyat Malaysia….

Sekian dan terima kasih.

#Petronas
#KitaJagaKita

-Muhammad Mamzah
Ayuh Bantu Negara!
21 April 2020

Published by
Almaswa Haji Che Ros