“Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.”- Mahatma Gandhi
Ini merupakan salah satu kata-kata Mahatma Gandhi yang sangat menginspirasi dan berharga dari seorang pejuang paling lagenda. Gandhi saseorang yang berjaya membebaskan India dari cengkaman Inggeris. Malah Mohandas Karamchand Gandhi yang lahir pada 2 Oktober 1869 itu bukan hanya popular di India bahkan mengegar dunia juga.
Sikapnya yang menentang segala bentuk penindasan dan kekerasan telah membuatnya jadi inspirasi dunia.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan penemuan sebuah cermin mata yang dikatakan milik Mahadma Gandhi,
Masalahnya harga cermin mata itu yang tidak boleh diterima oleh akal.
Percaya tak yang cermin mata cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga 260,000 pound lebih kurang RM1.4 juta, sekali gus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi.
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu.
“Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperoleh, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya,” tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.
Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi pernah menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan gerakan memperjuangkan kebebasan.
Gandhi diketahui sering memberikan barangan yang tidak digunakannya kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.
“Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut. Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi. Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini. Harapnya wang hasil jualan dapat membantunya,” kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times.
Identiti pembeli tidak didedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.
Wah bertuahnya siapa yang dapat membeli cermin mata Mahatma Gandhi. Penulis pun kalau kaya raya nak beli juga…hehe