Harga Tersangat ‘Rahmah’, Hanya RM22,000 Sahaja! Jom Semak Fakta Tentang Perodua Axia E

Share

Berita baik! Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) telah memperkenalkan Axia versi transmisi manual, Axia E.

Sesuai untuk golongan berpendapatan rendah, Axia E ini diperkenal hanya pada harga RM22,000, atas jalan, tanpa insurans.

ARTIKEL BERKAITAN : Harga Bermula RM38k Dan Reka Bentuk Lebih Smart, 5 Perkara Perodua Axia 2023 Perlu Tahu!

Jika mahu dibandingkan dengan model Perodua Axia transmisi automatik, perbezaan harga adalah seperti berikut iaitu Axia 1.0L AV : RM49,500, Axia 1.0L SE : RM44,000, Axia 1.0L X : RM40,000, Axia 1.0L G : RM38,600 dan terbaharu Axia 1.0L E : RM22,000.

Dengan ini, ia menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh Perodua sejak model sulungnya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos tahun 1994 dengan harga RM24,800.

Selain itu, ia juga sesuai untuk pemilik motosikal yang bercadang memiliki kenderaan baharu.

Untuk Axia E, terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.

Berikut fakta ringkas mengenai Perodua Axia E:

  1. Dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3-silinder
  2. Hanya ditawarkan dalam versi transmisi manual lima kelajuan
  3. Ada Aircond, ada Power Steering, ada Power Window
  4. Servis setiap 10,000 KM, Warranty 5 tahun
  5. Spesifikasi paling asas, tiada ABS

Tempahan untuk Perodua Axia E dibuka mulai hari ini di semua ruang pameran Perodua di seluruh negara dengan 3,000 unit stok sedia ada.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: The Star & Perodua

Published by
Fath