Pemergian ibu kepada tunang, Shila Amzah semalam setelah bertarung dengan penyakit barah telah ditangisi bukan sahaja oleh anak kandungnya, Ubai MZ tetapi juga oleh penyanyi Patah Seribu itu.
Memetik laporan media, Allahyarhamah Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang dan ini merupakan kehilangan insan kedua yang disayangi oleh Ubai setelah keluarganya pada 4 Mei lalu meratapi pemergian adik lelakinya, Allahyarham Muhammaf Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Tambah sedih apabila pemergian Allahyarhamah Rohani juga terjadi hanya kira-kira seminggu sahaja sebelum majlis akad nikah Ubai dan Shila dijadualkan berlangsung.
Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram, Shila mengucapkan terima kasih kepada Yang Esa kerana telah ‘meminjamkan’ kasih ibu kepada tunangnya itu ibarat memiliki ibu kandung kedua.
Ads
“Sha sangat bersyukur walau sebelum jadi menantu pun, mak dah layan Sha macam anak sendiri. Keluh resah Sha semua mak pujuk.
“Dari adik meninggal dua bulan lepas, mak tetap jadi yang paling kuat. Kami pun tak mampu jadi sekuat mak. Mak cakap, ‘Kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan, hargai siapa yang masih ada di depan kita.’
“Banyak kali mak cakap, ‘Kalau mak sihat Sha, korang tak payah penat. Hantaran ke apa semua memang tangan mak akan buat.’
“Tapi dah ditakdirkan mak sakit. Bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mertua yang baik. Percayalah, Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun cuma seketika,” ujarnya.
Ads
Sambil itu, Shila turut mengingati pesanan ibu Ubai agar terus menjaga anak kandungnya, Alieya yang masih bersekolah.
Sejak berkongsi mengenai pemergian Arwah semalam, ramai rakan selebriti yang tampil menzahirkan ucapan takziah mereka kepada pasangan tersebut di ruangan komen serta berharap agar mereka berdua terus diberikan kekuatan dalam menghadapi takdir Ilahi ini.
Antara yang berbuat sedemikian termasuklah Diana Danielle, Uyaina Arshad, Liza Hanim, Mimi Fly, Ziela Jalil, Alif Satar, Datuk Aznil Haji Nawawi, Sharifah Shahira, Yana Samsudin, Zara Zya dan ramai lagi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk seorang pemain boleh negara menempah nama di peringkat kelab antarabangsa. Bukan saja mereka perlu bersaing bersama pemain tempatan, malah mereka juga berdepan dengan cabaran pemain remaja seluruh negara pada peringkat saringan.
Semalam menandakan tarikh penuh bermakna buat Luqman Hakim Shamsuddin, 18 apabila dia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Belgium bagi memulakan fasa seterusnya dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Luqman terpilih untuk ke Eropah bagi bermain dalam Divisyen 1 Belgium untuk kelab KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.
Untuk pengetahuan korang kelab Belgium itu dimiliki oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent tan yang merasakan Luqman memiliki skil dan semangat yang membara untuk diletakkan dalam sebuah kelab Eropah.
Kata pemain remaja yang berasal dari Kelantan itu, perasaan terujanya mengatasi sebarang perasaan gementar semasa menaiki pesawat semalam.
“Beberapa penumpang di atas pesawat mengenali saya dan tujuan saya ke Belgium. Mereka sempat memberikan kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dan berharap agar saya membawa nama bola sepak Malaysia untuk menjadi lebih dikenali.
“Kini setelah saya tiba di Belgium, saya tak sabar untuk menyertai pasukan saya, KV Kortrijk,” kata Luqman lagi kepada rakan media.
Penyertaan Luqman itu juga mendapat sokongan daripada bekas Menteri Belia & Sukan negara, YV Syed Saddiq menerusi akaun Twitter beliau semalam
Liga bola sepak Belgium dianggotai oleh beberapa kelab ternama yang telah mencipta nama di peringkat Eropah, terutamanya. Kortrijk adalah sebahagian daripada 18 buah pasukan yang bertanding, selain Anderlect, Club Brugge dan Standard Liege.
All the best Luqman, banggakan Malaysia ya!
Sebelum ini, pemain bola sepak negara yang pernah menyertai kelab bola sepak di luar negara termasuklah Akmal Rizal (RC Strasbourg), Zafuan Azeman (Ang Thong FC), Safee Sali (Pelita Jaya FC), Nazmi Faiz (SC Beira-Mar), Wan Zack Haikal (FC Ryukyu) dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bulan pastinya peminat K-Drama menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan di televisyen.
Pada Julai ini, khabarnya ada lebih kurang 10 buah drama terbaru yang bakal ditayangkan. Jom kita lihat antara drama yang bakal menyerikan hari-hari korang nanti. Hiks!
1. She Knows Everything
Dibintangi oleh Kang Sung Yeon dan Jo Han Sun, cerita ini mengisahkan tentang kejadian misteri yang terjadi di sebuah apartmen yang akan dibangun. Lee Goong Bok (Kang Sung Yeon) bekerja sebagai ejen real estate yang menjual apartmen tersebut dan dia juga seorang yang suka mencampuri urusan orang lain.
2. Memorials
Drama produksi KBS ini adalah comeback Nana dalam kaca televisyen. Memegang watak sebagai Goo Se Ra, seorang perempuan miskin yang berperwatakan ceria. Sifatnya itu menjadikan Se Ra dikenali di tempat kerjanya.
Berlainan pula dengan Seo Kong Myung (Park Sung Hoon) yang merupakan seorang pegawai yang berkarakter dingin. Kedua-dua mereka akhirnya bekerjasama untuk menangani masalah pejabat yang mengamalkan rasuah.
3. Train
Seperti drama The King Eternal Monarch, drama siri Train ini juga menceritakan tentang dunia pararel yang mengisahkan tentang seorang detektif berpangkat tinggi kehilangan wanita yang dicintainya kerana pembunuh bersiri.
Disebabkan oleh itu, usahanya menjejak kisah disebalik pembunuhan tersebut telah membawa dirinya ke dunia yang berbeza.
4. Men Are Men
Seo Hyun-Joo (Hwang Jung-Eum) bekerja sebagai ketua pasukan perancangan komik web. Dia memutuskan untuk tetap bujang selama-lamanya, tetapi telah ditawan oleh cinta dua lelaki, iaitu Hwang Ji-Woo (Yoon Hyun-Min) dan Park Do-Gyeom (Seo Ji-Hoon).
Adakah disebabkan lelaki-lelaki ini dia bakal mengubah prinsipnya untuk tetap akan bujang selamanya?
5. The Good Detective
Drama penyiasatan ini mengisahkan tentang seorang detektif, Kang Do Chan (Son Hyun Joo) yang sdah bekerja selama 18 tahun dan menjadikan pengalamannya, hubungan peribadi dan Teknik saintifik bagi menyelesaikan kes siasatan.
Lain pula dengan Oh Ji Hyeok yang merupakan seorang detektif elit yang menyiasat kes menggunakan buktik dan teknik psikologi terhadap penjenayah.
6. Did We Love
No Ae Jung (Song Ji Hyo) adalah seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penerbit di sebuah perusahaan filem ternama di Korea Selatan. Setelah 14 tahun tidak menjalinkan hubungan cinta, tiba-tiba dia didekati oleh 4 orang pemuda.
Keempat-empat lelaki tersebut adalah Oh Dae O (Son Ho Jun) seorang penulis novel misteri, Ru Jin (Song Jong Ho) seorang pelakon terkenal, Koo Pa Do (Kim Min Jun) bekas gangster yang kini menjadi CEO syarikat kewangan dan Oh Yeon Woo (Koo Ja-Sung) merupakan guru sukan.
Di antara keempat-empat lelaki ini, siapa yang berjaya merebut hati No Ae Jung?
7. Flower of Evil
Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) merupakan detektif yang sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) dan mempunyai seorang anak perempuan. Perkahwinan mereka nampak sempurna namun sebenarnya dia berpura-pura mencintai isterinya.
Hee Sung dilihat seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab tetapi dia seakan menyembunyikan identiti sebenar kerana dia mempunyai kisah silam yang tragis dimana dahulunya dia adalah seorang pembunuh bersiri.
Lelaki itu hidup menggunakan identiti penyamaran dan berjaya memperdayakan isterinya. Namun begitu, Cha Ji Won mengetahui tipu daya suaminya itu dan mula menjejaki kisah silam Hee Sung.
8. Elegant Friends
Elegant Friends menceritakan tentang pembunuh di sebuah bandar yang kebanyakannya dihuni oleh pasangan suami isteri berusia 40-an. Ahn Goong Cheol (Yu Jun Sang) dan Nam Jung Hae (Song Yoon Ah) pada mulanya menjalankan kehidupan yang aman tanpa sebarang konflik. Namun, semuanya berubah apabila berita pembunuhan mulai tersebar.
Akibat daripada itu, perhubungan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 20 tahun mulai retak.
9. My Prettiest Moments
Cinta tiga segi yang melibatkan Ye Jin dan pasangan kembar Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok Jin) boleh dikatakan agak unik. Wanita yang mempunyai hati yang baik dan bersikap optimistik ini mengimpikan sebuah kebahagian luar biasa namun berlaku sebaliknya apabila dia berhadapan dengan cinta tiga segi dengan seorang pasangan kembar.
10. Twenty-Twenty (2020)
Menceritakan tentang impian remaja berusia 20 tahun dalam berkongsi masalah yang mereka hadapi ketika meningkat dewasa. Pertemuan diantara Lee Hyun Jin dan Chae Da Hee menjadikan mereka lebih matang serta berusaha untuk menemukan dunia mereka sendiri.
Okay tak sabar nak tunggu drama-drama terbaru Korea bulan ni. Agak-agak siapa yang bakal trending nanti?
Benar caption yang dimuat naik oleh pemandu ‘World Endurance Championship’ (WEC) negara, Jazeman Jaafar yang dimuat naik di Instagram semalam.
Pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) semalam, Jazeman bersama dua orang ahli pasukannya iaitu Nabil Jeffri dan Weiron Tan telah diberikan penghargaan anugerah ‘Hall of Fame’ ataupun anugerah ‘Pilihan Ramai’. Ia merupakan kategori yang berdasarkan undian online oleh peminat dunia permotoran.
Mereka bertiga dijulang selaku wira negara terutamanya setelah mencipta sejarah MENANG di litar Fuji International Speedway (14 Oktober 2018) dan di litar Silverstone (20 Ogos 2018) sebagai pasukan trio negara.
Mereka juga berjaya tamat di kedudukan keempat perlumbaan ‘Le Mans 24 Hours’ dalam kategori LMP2. Hebat okay!
Menurut Nabil, “Ia adalah antara momen terhebat dalam hidup saya semasa kami berada di litar SEPANG pada Jun tahun lalu.
“Kami dicabar dari segi mental dan fizikal kerana hanya sempat tidur untuk 1-2 jam saja sebelum berlumba 24 jam tanpa henti. Saya tidak akan berada di sini tanpa rakan pasukan, Jaz dan Ron.
“Diharap, anugerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk TIDAK sesekali melupakan cita-cita mereka walaupun ia memakan masa yang lama dan kudrat yang besar. “Saya sendiri memulakan impian sebagai pelumba pada usia 7 tahun dan saya tidak menoleh ke belakang sejak itu,” kata Nabil lagi.
Semalam, Jazeman turut menempah kejayaan berganda apabila memenangi anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.
TAHNIAH korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.Berita duka pemergian Napie atau nama...