Hari Ini Baitulmaqdis Jadi Ibu Kota Israel, 5 Fakta Kena Tahu Apa Kesan Buruk Pada Umat Islam

Share

Hari ini, satu berita duka untuk umat Islam. Biar beribu bantahan diadakan sejak Disember tahun lalu tetapi ternyata Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat berjaya memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dianggap sebagai kota suci umat Islam.

Jadual perasmiannya dilakukan hari ini biar dibantah oleh banyak negara khususnya beragama Islam kerana Baitulmaqdis adalah milik orang Islam. Mengiktiraf Israel menduduki tanah suci ini samalah seperti tindakannya merampas hak orang Palestin yang sudah lama menetap di sini.

Isu pemindahan ibu kota ini bermula dari Presiden Donald Trump yang menyatakan sokongan dan sejak itu, Isreal langsung tidak mempedulikan bantahan dari negara-negara yang menolak tindakannya itu.

Difahamkan, 33 buah negara dengan 86 perwakilan menyatakan akan hadir ke majlis ini. Namun paling mengejutkan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump  yang begitu kuat menyokong menyatakan tidak akan menghadiri upacara perasmian ini dan hanya menghantar wakilnya sahaja iaitu Duta Negara iaitu David Friedman selain beberapa orang wakil. Trump hanya akan menyaksikannya melalui saluran televisyen.

 

Akibat janji politik untuk menang sebagai Presiden US, Trump janji iktiraf keinginan Isreal mahu ke Baitulmuqaddis dan ia tercapai hari ini biar dikecam seluruh dunia

 

Malaysia pernah mengadakan bantahan tahun lalu bagi menyelamatkan Baitulmuqaddis dari dijadikan ibu kota Isreal

 

Akhbar Times Of Israel mengesahkan  antara 12 negara dari Benua Afrika yang akan hadir ialah Angola, Cameroon, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Ethopia, Kenya, Nigeria, Rwanda, Sudan Selatan, Zambia dan Tanzania.

Negara lain dari Amerika Latin ialah Paraguay, Guatemala, Republik Dominica, El-Salvador, Honduras, Peru dan Panama. Malah difahamkan, Paraguay dan Guatemala antara dua negara lain yang akan memindahkan pejabat kedutaan mereka ke Baitulmaqdis dalam masa terdekat. Turut menyatakan sokongan ialah Austria, selain Myammar , Filipina, Thailand dan Vietnam

Di sebalik sebahagian hadir, beberapa buah negara besar seperti  China, Russia, Argentina, India, Kanada, Australia, Jerman termasuk Malaysia tidak menghadiri majlis ini dan memboikotnya.

Apa anak muda kena tahu tentang peristiwa dianggap menghina umat Islam ini?

Kedutaan lama Israel di Juruselem

 

Masjid Al-Aqsa kota suci umat Islam ketiga selepas Makkah dan Madinah

 

Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah.

Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj. Di sini juga Baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut. D sini juga banyak fadhilat apabila bersolat di Masjid Al-Quds.

Di Baitulmuqaddis juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat.

Mengikut sejarah dunia, sesiapa yang menguasai Baitulmaqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitulmaqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud a.s bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam surah al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitulmaqdis.

Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman a.s yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitulmaqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah.

Kemudian Baitulmaqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan baitulmaqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga baitulmaqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187.

Dan hari ini, Israel berjaya menawan Baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia. Mohon Allah jauhkan segalanya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros