Hari Kesihatan Mental Tidak Patut Disambut Pada 10 Oktober Saja, Tolong Mereka Bila Lihat 5 Simptom Ini

Share

 

Tahukah korang, seorang daripada enam pesakit kesihatan mental di seluruh dunia berusia dari 10 hingga 19 tahun. Ini bermakna, remaja mewakili 17 peratus penduduk dunia yang berdepan isu kesihatan mental dan jumlah itu jujurnya amat membimbangkan.

Kalau hendak ceritakan mengenai sebab kepada isu ini dalam kalangan remaja, memang panjang. Kali ini bersempena sambutan Hari Kesedaran Mental Sedunia pada 10 Oktober lalu, REMAJA ingin menyentuh pula mengenai simptom yang boleh korang lihat pada seorang pesakit kesihatan mental.

Jangan pernah lari daripada mereka. Hakikatnya, mereka memerlukan bantuan dan kita sebagai kenalan yang sihat perlu sedar akan keperluan mereka itu.

Jangan hanya ‘sedar’ setiap kali tiba 10 Oktober pada setiap tahun saja. Awasi, kenali dan rapati mereka yang mempunyai lima simptom ini.

 

Paranoia Melampau

Semua orang hadir dengan perasaan paranoia dalam diri mereka. Namun, jika seseorang sering berdepan perasaan demikian pada setiap waktu dan pada setiap hari, dia mungkin sedang berdepan petanda kecil kesihatan mental terganggu. Golongan ini juga sering menghadapi perasaan anxiety yang kerap dan tidak mudah untuk menenangkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN : Adele Dedah Alami Anxiety Akibat Penceraian, Rutin Workout Bantu Kesihatan Mental – REMAJA

 

Sedih Berpanjangan

Kehilangan seseorang yang kita sayangi sebagai contoh boleh membuatkan diri kita berdepan perasaan sedih dan murung untuk satu ketika. Itu adalah perasaan normal seorang manusia. Bak kata orang, time will heal all kinds of sadness. Dari semasa ke semasa, perasaan itu akan pulih dan kita mulai boleh mengharungi hidup seperti biasa. Namun jika kita perhatikan seseorang itu tidak mahu mengajak dirinya untuk meninggalkan segala kesedihan tersebut, ia sebenarnya amat berbahaya untuk kesihatan mental mereka. Emosi yang dipendam itu boleh membawa kepada keadaan sedih yang melarat.

 

Perubahan Mood

Selalu kan kita lihat simptom yang satu ini dalam drama atau filem. Ia bukanlah satu cereka buatan, ia sebenarnya berkait rapat dengan realiti seseorang yang menghidap masalah kesihatan mental. Mood mereka boleh berubah sekelip mata sehingga orang di sekeliling pun pelik dan bingung bagaimana untuk menenteramkan si dia.

 

Menjauhkan Diri

Seorang pesakit kesihatan mental tidak bermakna si dia gila. Setiap penyakit yang wujud di dunia ini terbahagi kepada beberapa peringka iaitu daripada permulaan hinggalah kritikal. Selalunya, pesakit yang suka menjauhkan diri daripada pergaulan bebas dengan orang ramai ini adalah pada peringkat permulaan. Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena dan mereka tidak pasti jika orang di sekeliling memahaminya. Sebab itulah mereka lebih gemarkan meminggirkan diri dan memendam perasaan. Lagipun, dirinya mudah letih jika bergaul secara eksesif.

 

Perubahan Drastik Corak Pemakanan & Tidur

Buatlah apa saja, si dia pasti merasakan tidak kena. Bila mulai letih, langkah mudah adalah untuk tidur. Namun si dia sukar untuk tidur. Begitu juga dengan selera makannya yang semakin menurun. Sebab itulah ramai yang mengambil solusi mudah dengan mengambil ubat tidur dan ubat kenyang. Bagi solusi jangka pendek, ya itu mungkin boleh membantu. Namun jika tidak mendapatkan rawatan segera daripada pakar dan kekal bergantung harap pada ubat-ubatan, simptom kesihatan mental merudum ini tidak akan pulih dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN : Sedikit Mahal Tapi Berbaloi, Avocado Perbaiki Mood & Jaga Kesihatan Mental – REMAJA

*

Kami pasti, mana-mana kenalan korang yang mengalami salah satu daripada simptom ini ingin pulih seperti dahulu kala. Bukan hanya mereka yang perlu berusaha. Kita sebagai kenalan juga perlulah memainkan peranan dalam mempermudahkan lagi usaha mereka itu.

BACA LAGI : Bertinju Demi Kesihatan Mental, Rahsia Gigi Hadid & Lisa Blackpink – REMAJA

Sumber : (1)

Published by
FZ