“Hari Paling Sedih Gembira Dalam Hidup Saya” Ustaz Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Orang Bajau

Share

Masya Allah..itu lah satu ungkapan yang boleh diucap dengan apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ketika ini.

Sebagaimana kita tahu hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Tiada siapa tahu pengakhiran hidup seseorang itu. Sebagaimana kita tahu, baru-baru ini Ebit Lew ada pergi ke Sabah dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.

Terbaru menerusi perkongsian di Laman sosialnya Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira dan sedih apabila dapat membantu suku Bajau Laut memeluk Islam seperti ditulis di laman FBnya.

Alhamdulillah, seramai 157 orang telah mengucap syahadah sekaligus memeluk Islam. Besar sungguh usaha dakwah Ustaz Ebit Lew sehingga mampu menarik minat suku kaum itu.

Dikala kita dikejar oleh arus kemodenan dan teknologi namun masih ada lagi mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

Untuk pengetahun korang, kaum Bajau Laut ini sering dipanggil “gipsi laut”, merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara. Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Sumber : Ustaz Ebit Lew, Astro Awani

 

Published by
Nana