Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Jatuh Pada Hari Isnin Menyamai Indonesia

Share

 

Selepas beberapa buah negara seperti Indonesia dan Arab Saudi mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei yakni Isnin, sebentar tadi Malaysia turut mengesahkan bahawa Aidilfitri di negara kita bakal disambut pada hari esok juga.

Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada jam 8 malam Ahad menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1.

Terdahulu di Indonesia, ura-ura Aidilfitri bakal disambut pada 2 Mei hangat diperkatakan sekiranya anak bulan dapat dilihat dari tiga bandar di negara berkenaan iaitu Kota Sabang, Banda Aceh dan Jantho (Aceh Besar).

Kata peneliti di Pusat Sains Antariksa Banda Riset dan inovasi Nasional (BRIN), ia ditentukan melalui kaedah rukya dan hisab. Cara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi; Berpuasalah jika kalian melihat hilal dan berbuka (berhari raya)-lah jika kalian melihat hilal dan jika tertutup maka kadarkanlah (hitunglah) menjadi 30 hari (berpuasa).

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri di Indonesia
Pengumuman Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, sebentar tadi.

Keadaan hilal di Indonesia dari segi ketinggian menurut mereka sudah memenuhi kriteria ditetapkan MABIMS kerana berada pada sudut 3.75 darjah di Merauke hingga 5.55 darjah di Sabang.

Kata mereka lagi, antara negara Malaysia, Brunei dan Singapura; Malaysialah yang paling berpotensi menyambut lebaran pada hari yang sama dengan Indonesia. Ini kerana mengikut perkiraan, Pulau Langkawi dan Perlis memenuhi kriteria yang ditetapkan MABIMS.

Apapun guys, Selamat Hari Raya Aidilfitri! #TerpalingKelamKabut

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ