Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
ARTIKEL BERKAITAN : Bacaan Takbir Hari Raya Lengkap, Ini Maksud Di Sebalik Takbir Kita Lafazkan
Tapi kecoh pula di media sosial baru-baru ini apabila dakwaan seorang individu, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada awal satu hari iaitu Isnin, 2 Mei.
Malah hal ini juga tidak tepat dan sengaja direka untuk mengelirukan orang ramai.
Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
Menerusi kenyataan di Facebook, pihaknya juga berkata kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).
“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 Hijrah.
“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pihaknya.
Terdahulu, tular sebuah mesej yang mendakwa bahawa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing lima darjah dan tujuh darjah, lapor Kosmo.
Dakwa mesej itu lagi, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar.
Raya akan disambut pada Isnin, 2 Mei dan bukannya 3 Mei yang semua maklum,” dakwa mesej itu.Korang pun jangan sebarkan berita yang tidak pasti tau…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.