Hanya tinggal beberapa minit saja lagi sebelum Malaysia melangkah masuk ke tahun 2021. Namun, perjuangan kita menentang wabak Covid-19 masih terlihat jauh lagi dari sekarang.
Menurut laporan harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan negara, Tan Sri Dr. Noor Hisham hari ini, Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 yang cukup tinggi dengan sejumlah 2,525 kes.
Ini menjadikan kes keseluruhan terkini sebanyak 113,010 dengan kes aktif sebanyak 23,598.
Catatan menggusarkan itu melihat negeri Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka dengan (239 kes). Lima kluster baru pula dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham turut melaporkan lapan kematian yang direkodkan hari ini, lalu menjadikan kes kumulatif kematian kepada 471 sehingga kini.
Walaupun ini merupakan musim percutian buat rakyat Malaysia, namun ingatlah bahawa jangkitan Covid-19 tidak mengenal tempat dan waktu, cuti mahupun tidak.
Lakonan Mantap Tom Cruise Dalam Top Gun: Maverick Bawa Penonton Terbang Ke Awan Biru
Siapa sangka selepas 36 tahun filem Top Gun lakonan Tom Cruise mempunyai sekuel menerusi naskhah terbaharu, Top Gun: Maverick yang masih menampilkan bintang lagenda Tom Cruise sebagai teraju utama.
Selepas beberapa kali ditangguhkan tayangannya, filem Top Gun: Maverick akhirnya bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 26 Mei ini. Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris.
Top Gun: Maverick menceritakan tentang Kapten Pete “Maverick” Mitchell yang telah berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut selama tiga dekad dan kini beliau menjadi tenaga pengajar yang melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus. Kapten Pete kemudiannya bertemu dengan “Rooster” (Lt. Bradley Bradshaw) yang merupakan anak kepada “Goose” (mendiang Pegawai Pemintas Radar Lt. Nick Bradshaw).
Maverick juga mendapati dirinya juga terpaksa berhadapan dengan ketakutannya, iaitu membawa kepada misi yang memerlukan juruterbang yang dipilih untuk melakukan satu pengorbanan besar.
Secara keseluruhannya, Top Gun: Maverick merupakan sebuah filem aksi yang berbaloi untuk ditonton. Aksi pertempuran di atas awan yang dipaparkan sangat memuaskan seolah-olah penonton dibawa bersama terbang ke udara. Tambah pula ketika detik cemas, korang juga bakal turut merasai debaran seperti berada di dalam pesawat.
Namun begitu, di awal penceritaan filem ini dirasakan agak sedikit perlahan namun sedikit babak komedi bersahaja turut diselitkan bagi menghiburkan penonton. Jangan bimbang, sekiranya korang tidak pernah menonton filem Top Gun sebelum ini, korang tidak akan ‘lost’ dan tetap akan memahami jalan cerita filem terbaharu ini.
Konflik antara watak Kapten Maverick dan Rooster juga banyak memberi pengajaran dan pengakhiran filem ini juga bakal memberikan kepuasan buat penonton. Di tayangan perdana semalam, penonton bersorak bertepuk tangan apabila melihat pengakhirannya.
Nah, nak tahu kenapa? Korang kenalah tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang berbaloi, khususnya bagi mereka yang meminati filem yang sarat dengan aksi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Filem Tentang Guru Menarik Untuk Ditonton, Penuh Dengan Mesej & Pengajaran
Setiap tahun, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei dan kebiasaannya di sekolah, para pelajar akan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.
Besar pengorbanan seorang guru sehingga ada perumpamaan yang menjelaskan bahawa ‘Guru umpama lilin yang membakar diri’. Segala jasa dan bakti seorang guru tidak mampu kita membayarnya, namun kejayaan yang dicapai oleh kita pastinya memberi seribu makna buat mereka.
Sempena Hari Guru, kami ingin kongsikan beberapa filem yang mengupas isu tentang pendidikan dan guru yang menarik untuk korang tonton.
Banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusi filem-filem tersebut. Selamat menonton!
1. Guru-guru Gokil
Filem dari Indonesia ini mengisahkan tentang seorang guru bernama Taat Pribadi yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya walaupun terpaksa berhadapan dengan kegagalan.
2. Tare Zameen Par
Ishaan Nandkishore Awasthi digelar sebagai anak yang tidak pandai dan malas oleh kedua ibu bapa dan gurunya. Sehinggalah ibu bapanya memindahkan Ishaan ke sebuah asrama. Kedatangan seorang guru seni bernama Ram Shankar Nikumbh yang dilakonkan oleh Aamir Khan mengubah kehidupan anak muda itu.
3. Aishah: Biarkan Kami Bersaudara
Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru di Indonesia yang mengajar di sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang jauh berbeza darinya.
4. Teacher’s Diary
Filem Thai ini mengisahkan tentang seorang guru lelaki yang baru ditugaskan untuk berkhidmat di sebuah sekolah jauh di pedalaman. Penuh dengan kebosanan, satu-satunya peneman guru ini adalah sebuah diari tinggalan seorang cikgu perempuan yang juga pernah bertugas di sekolah
ini.
5. Great Teacher Onizuka (GTO)
Siri yang pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu, GTO berkisarkan tentang kisah seorang cikgu dengan niat pelik, tapi akhirnya menjadi guru yang lucu dan juga berjaya memberi inspirasi kepada anak muridnya.
6. Adiwiraku
Negara kita juga turut menghasilkan filem yang mengangkat tema pendidikan dalam Adiwiraku. Mengisahkan mengenai cikgu muda, Cheryl Ann Fernando dengan cabarannya di sebuah sekolah kampung di Kedah. Cabaran dan kejayaan anak-anak di SMK Pinang Tunggal ini menjuarai pertandingan Choral Speaking digarap dengan baik dan penuh penghayatan.
7. Raatchasi
Filem yang pernah menjadi viral di Malaysia, Raatchasi mengisahkan seorang guru besar menabur bakti seluruhnya demi memberikan peluang pendidikan yang baik kepada anak muridnya walaupun terdapat banyak tentangan daripada pihak luar.
8. The Glove
Filem Korea ini mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan pelajar pekak dan bisu yang struggle untuk berlatih dan menyertai pertandingan besbol untuk daerah mereka. Sekalipun penuh dengan kekurangan, semangat mereka akhirnya menyentuh hati coach mereka yang pada mulanya langsung melihat sebelah mata.
9. The Ron Clark Story
Merupakan kisah benar yang diadaptasi menjadi sebuah filem, Ron Clark merupakan seorang guru di kampung yang ditukar ke sebuah sekolah dengan cabaran terbesar, disiplin paling teruk.
10. Laskar Pelangi
Mengisahkan perjuangan 10 murid di sekolah kawasan pedalaman yang jauh dari kota, dengan dua orang guru yang sangat menginspirasikan.
Sumber: (1)
10 Lokasi Jual Cendol Paling Best Di Sekitar Lembah Klang
Durian merupakan antara buah kegemaran masyarakat Malaysia kerana bila tiba sahaja musim durian, maka ramailah individu yang berkongsi foto di media sosial. Bila buka saja Facebook atau Instagram, penuh timeline dengan gambar orang makan durian. Hiks!
Selain daripada buahnya yang sedap di makan, durian juga enak jika dihidangkan menjadi menu lain seperti pulut durian, pengat durian, cendol durian, durian crepe dan banyak lagi.
Kali ini Remaja nak kongsikan dengan korang antara 10 tempat jual cendol durian paling best di sekitar Lembah Klang.
Let’s check this out!
1. Cendol Durian, Seksyen 24 Shah alam
2. Cendol Durian Borhan, Kuala Selangor
3. Durian King TTDI, Kuala Lumpur
4. Cendol Durian, Kampung Baru KL
5. Durian SS2, Petaling Jaya
6. Markonah Food & Co., Seksyen 7 Shah Alam
7. Khan Cendol, Taman Melawati KL
8. Go Lokal Hut, Putrajaya
9. Cendol Abang Din, Seksyen 7 Shah Alam
10. Cendol Durian Mel’s Corner, Batu Caves
Terliur pula bila melihat senarai cendol durian yang ada ni. Namun begitu, sebelum korang menikmati keenakan cendol tersebut, adalah lebih baik sekiranya korang menyediakan wang yang cukup dan tidak terkejut bila mendengar harganya. Hehe!
Sumber: rencah.com