“Hari Tu Result 4 Flat Ke Kondo…” Sharifah Shahirah Bangga Anak Sulung Dapat Diploma

Share

Kebahagiaan sebenar seorang ibu adalah bila melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera telah memuat naik gambar majlis konvokesyen peringkat diploma anak sulungnya yang bernama Allisya Tahir di HELP University.

Mak doakan yang terbaik!

Menurut Shiera, dia berbangga dengan anaknya yang berjaya menamatkan pengajian apatah lagi gadis itu sudah mendapat pekerjaan.

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Rata-rata komen mengucapkan tahniah buat Shiera dan juga anak gadisnya kerana berjaya dalam pelajaran.

Luah Rasa Syukur

Menurut Berita Harian, Shiera, 45, berkata biarpun dia terpaksa berdepan pelbagai dugaan, dia bersyukur anak hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt itu dapat menamatkan pelajarannya.

“Meskipun hanya pada peringkat diploma, saya berbangga dengan pencapaian Allisya yang kini bekerja mengendalikan media sosial di sebuah agensi.

“Buat masa ini, Allisya belum mempunyai sebarang perancangan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya juga tidak mahu memaksanya dan kalau boleh, biar keinginan itu datang dari hatinya sendiri,” katanya.

Selain Allisya, Shahirah dikurniakan empat lagi anak iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena, hasil perkongsian hidup dengan pelakon, Ijoy Azhari.

Dah besar anak-anak Shiera ni, apapun tahniah Remaja ucaokan buat ibu dan anak yang jelita ni.

 

Published by
Nana