‘Harimau Mengaum’ Di Pavilion Diramal Buatkan Ramai Pelancong Ternganga

Share

 

Saban tahun, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina; salah satu lokasi yang akan menjadi tumpuan orang ramai ialah Pavilion Kuala Lumpur.

Mana tidaknya, pada tahun lalu ramai yang teruja dengan kemunculan ‘lembu emas’ penuh realistik pada skrin LED Elite yang terletak di atas butik COACH.

Pada tahun ini pula, Pavilion muncul semula dengan satu lagi persembahan animasi tiga dimensi bertemakan haiwan dalam kalendar masyarakat Cina bagi tahun 2022 dan ia adalah dalam bentuk harimau mengaum!

Orang ramai nyata tidak sabar untuk melihat sendiri kelibat ‘harimau’ tersebut yang mula dipersembahkan sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke bulan Februari kelak.

Bertemakan The Year We Roar Together atau ‘Tahun Di Mana Kita Mengaum Bersama’, terdapat beberapa lagi aktiviti yang ada disediakan di dalam pusat membeli-belah tersebut seperti booth di mana pengunjung boleh menarik kad nasib mereka dan beberapa lagi aktiviti interaktif yang terletak di aras 3 Connection.

Sedikit info yang ingin REMAJA kongsikan mengenai individu yang lahir pada tahun harimau ini adalah mengenai karakter diri mereka. Sekiranya korang mengenali sesiapa yang dilahirkan pada tahun seperti 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 an 2010, mereka ini selalunya sinonim dengan sifat berani, berdaya saing, sukar untuk diramal (unpredictable), yakin diri dan sentiasa mempamerkan diri yang bersedia berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang.

Namun, individu yang lain pada tahun harimau juga tidaklah sentiasa sempurna apabila mereka ini kadangkala boleh bersifat kurang sabar, sedikit agresif dan tidak mudah duduk diam kerana rasa cemas (anxiety).

So guys, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan animasi tiga dimensi di Pavilion KL ini sehingga perayaan Tahun Baru Cina. Tapi ingat! Pastikan korang sentiasa menjaga SOP seperti yang ditetapkan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ