Aktres berbakat besar, Harissa Adlyn mencuri perhatian warganet apabila membuat penampilan menari di episod terbaharu rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICYVMY) musim ketujuh.
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, pelakon berusia 21 tahun itu memuat naik video dirinya bersama beberapa orang penari latar yang sedang menari sambil berlatarbelakangkan lagu nyanyian MimiFly iaitu ‘Superfly’.
Dedah pelakon drama hit Dedaun Hijau Di Angin Lalu itu, agak mencabar buat dirinya untuk membawakan tarian tersebut memandangkan dirinya hanya berlatih dengan menonton video sewaktu sedang menjalani sesi penggambaran sebuah drama.
“Saya belajar koreografi untuk tarian ini melalui video sewaktu sedang mengikut penggambaran sebuah drama,” coretnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, Harissa dilihat tidak kekok dan berjaya melakukan gerakan tarian dengan sangat memukau dan bagus.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen kagum melihat kebolehan Harissa dan menyifatkan dirinya sebagai seorang anak seni yang ‘multi-talented’.
“Muka Harissa macam Azira Shafinaz, sama pandai berlakon, menari dan menyanyi,” tulis seorang pengguna.
“Aku suka betullah dia ini dari drama Dedaun Hijau dia bawa watak best sangat… pandai nyanyi. Pandai menari, boleh main gitar berlakon pun best. Serba boleh dah lah comel. Love!” komen pengguna lain.
“Best gila! memang multi-talented every good performance dear Harissa and truly yo’re so cute. Semoga terus sukses,” tulis pengguna yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : TikTok Harissa