Harnaaz Sandhu Pilih Gaun Motif Batik Parang Emas, Sambung Tradisi Miss Universe Dalam Kebaya

Share

 

Jika di Malaysia, nama Intan Avantie aka Anne Avantie mungkin kedengaran janggal dalam kalangan majoriti di antara kita. Namun di Indonesia, Anne telah mencipta identiti sebagai seorang pereka busana kebaya yang cukup dikenali.

Busana-busana Anne selalunya menjadi perkara wajib ada sewaktu pertandingan ratu cantik terbesar di negara itu iaitu Puteri Indonesia. Sejak belasan tahun lalu, Anne Avantie telah menyiapkan kebaya untuk disarungkan kepada para finalis Puteri Indonesia dan paling dinanti-nantikan, kepada pemenang Miss Universe yang menjadi jemputan khas pihak organisasi.

ARTIKEL BERKAITAN : Jelitawan Bali Rangkul Gelaran Puteri Indonesia 2022 Dengan Jawapan Bijak Ini – REMAJA

Tahun 2022 tidak terkecuali apabila Miss Universe 2021 dari India, Harnaaz Sandhu telah muncul dalam balutan kebaya anggun serba biru navy rekaan Anne.

Harnaaz dan Anne memilih rekaan lengan panjang dengan perincian brocade dan manik perak bagi menambah elemen glamor. Paling menonjol tentunya motif batik parang berwarna emas di bahagia torso yang diteruskan jatuh hingga ke lantang.

Turut serta adalah motif bungaan emas dan biru yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tali pingang dalam rona senada menjadikan gaya ini lebih ‘strong’ ibarat seorang pahlawan wanita yang datang untuk menunjukkan kuasanya di hadapan jutaan penonton Indonesia.

Dengan perincian yang boleh dianggap padat pada bahagian gaun yang diinspirasikan daripada kebaya Indonesia itu, dia memilih dandanan rambut sanggul ringkas serta riasan lipstik merah muda; bersesuaian dengan usia Harnaaz yang baru memasuki 22 tahun.

Sudah tentu, Harnaaz tidak melupakan mahkota Miss Universe-nya yang dikenali sebagai Power of Unity itu. Mahkota emas 18 karat yang ditabur dengan berlian putih dan tiga berlian jenis ‘canary diamond’ keemasan tampak cocok sekali dengan warna gaun kebayanya.

Memang wow!

ARTIKEL BERKAITAN : Dikatakan ‘Berisi’ Selepas Jadi Miss Universe 2021, Catriona Gray Pertahankan Harnaaz Sandhu – REMAJA

Turut menyarungkan busana inspirasi kebaya Indonesia ialah para peserta Top 3 Puteri Indonesia 2022 iaitu Laksmi De Neefe (Puteri Indonesia 2022), Cindy May McGuire (Puteri Indonesia Lingkungan 2022) dan Adinda Cresheilla (Puteri Indonesia Pariwisata 2022).

Terdahulu, Anne Avantie pernah menyarungkan rekaannya pada tubuh Miss Universe Indonesia 2020, Ayu Maulida; Miss Supranational Indonesia 2021, Jiane Almira dan Whulandry Herman sewaktu hari pernikahannya.

BACA LAGI : [FOTO] 10 Gaun Inspirasi Kebaya Yang Pernah Disarung Oleh Miss Universe Di Puteri Indonesia – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ