Dalam Negara

Harris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Didakwa Disihir Sejak 2016

Share

Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar memaklumkan ibu tercintanya yang juga usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.

Berkata kepada Remaja, bekas peserta Hero Remaja itu mendedahkan ibunya yang lebih disapa Kak Ton itu terpaksa melalui empat kali proses pembedahan sepanjang dua tahun disebabkan mengalami sakit belakang secara tiba-tiba.

“Sebenarnya mak saya kena sihir ini sejak 2016 dan ikutkan cerita ini hanya keluarga saja tahu. Cuma mak saya ada kongsikan sebab orang nak tahu manakah kak Ton. Saya tak pasti siapa individu yang menghantar sihir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Mak Cik Turki” -Puteri Sulung Harris Annuar, Asha Merican Curi Perhatian Netizen

“Saya pelik bila tengok keadaan dia yang mana dia tiba-tiba sakit belakang, jalan pun bongkok dan kaki dia mula kebas. Malah, disebabkan sakit belakang itu juga dia memerlukan pembedahan sebanyak empat kali dalam masa dua tahun.

“Bila pembedahan keempat tu, doktor sendiri cakap dah pelik sebab sakit itu bukan dari segi scientific. Tak logik buat empat kali tapi masih gagal. Doktor sarankan untuk mak saya pergi berubat secara Islam dan memang sah mak saya kena buatan,” tuturnya.

Bagaimanapun, Harris turut menzahirkan kesyukuran apabila keadaan Kak Ton kini semakin baik dan boleh meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun masih terpaksa berulang alik untuk berubat.

“Alhamdulillah, sekarang ini dah semakin baik sebab kita pun dah tahu punca dia. Kita dah selalu berubat sehingga sekarang. Masa pertama kali berubat tu, kaki dia dari kebas terus boleh berjalan.

“Lepas pada berubat juga, mak pernah muntah yang macam berbuih. ikutkan mak memang tak pernah sakit. Ikutkan mak mula rasa kaki kebas setiap kali nak keluar rumah pada 2016.

“Kemudian sakit belakang pada 2019 dan mula jalani pembedahan pada 2023 dan 2024,” ujarnya.

Terdahulu, Kak Ton mendedahkan dirinya baru pulih dari sihir dan kini kembali meneruskan perniagaannya.

Kak Ton atau nama sebenarnya Dr Zaiton Hassan, 66, mendakwa kejayaan perniagaannya sekitar 2015 membuatkan beberapa individu terdekat menyimpan dengki dan menghantar ilmu hitam terhadapnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath