Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar telah pun selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan, pelakon wanita Asha Merican. Harris memilih untuk merahsiakan perkahwinannya kepada peminat dan hanya berkongsi berita gembira ini bersama keluarga dan sahabat rapat sahaja.
Namun, malam tadi Harris ada memuat naik video ‘teaser’ dia bersama seorang wanita di instagram dan rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah tanpa mengetahui bahawa selebriti ini akan melangsungkan pernikahannya hari ini.
Sebentar tadi, Harris Annuar telah pun selamat bergelar suami kepada Asha Merican. Sebelum ini, Harris juga tidak pernah berkongsi cerita cintanya di media sosial. Mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri.
Tahniah diucapkan kepada Harris dan Asha, semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia sehingga ke akhir hayat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=7&t=2s
Lee Seung Gi Tampil Imej Kepala Botak, Adakah Ini Trend Rambut Lelaki 2023
Siapa cakap lelaki botak tak kacak dan menawan?
Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki botak itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa berambut lebat,kemas dan bergaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Kalahkan Dwayne Johnson, Putera William dinobat Lelaki Botak Terseksi Di Dunia
Terbaru, bintang popular Kpop iaitu pelakon dan penyanyi, Lee Seung Gi juga tampil dengan penampilan baru berkepala botak yang mengejutkan peminatnya.
Portal Allkpop melaporkan, Lee Seung Gi tampil dengan imej berkepala botak di majlis 2022 KBS Drama Awards baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon tersebut menyangkal dakwaan yang dia memotong rambutnya kerana konflik dihadapi bersama bekas agensinya, Hook Entertainment.
Kata Lee Seung Gi, dia meminta agar peminat tidak berasa pelik dengan imej tersebut kerana ia sebagai menjayakan watak dalam sebuah filem yang sedang menjalani penggambaran.
“Ramai sangka saya potong rambut disebabkan isu peribadi tetapi bukan. Saya sedang menjalani penggambaran untuk filem Big Family dan memainkan watak sami.
“Saya harap tiada yang salah faham. Ramai yang melihat saya dengan pandangan sedih, tolong jangan begitu,” katanya.
Sebelum ini, Lee Seung Gi telah memfailkan saman terhadap Hook Entertaiment selepas didakwa menipu pelakon berkenaan dalam keuntungan dalam kariernya selama bertahun-tahun.Bagaimanapun, pelakon tersebut telah mendermakan sebahagian besar daripada bayaran yang diterima selepas memenangi kes tersebut.
Amacam, kacak kan Lee Seung Gi dengan imej botak terbarunya. Tapi, mungkinkah juga ini trend rambut yang bakal popular 2023 ini?
BACA LAGI : Aigoo! Peminat Lee Seung Gi Juga Tidak Restui Hubungan Cintanya
Sumber & Foto : Allkpop
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tinggalkan Kerjaya Di Awan Biru, Aiman Ameer & Qist Tekad ‘All-Out’ Demi Menangi Hero Dewi Remaja 2023!
Pertaruhkan kerjaya demi cinta terhadap dunia seni….
Itulah yang sesuai digambarkan apabila dua anak muda yang baru sahaja diumumkan sebagai peserta Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer dan Qist mengambil keputusan untuk berhenti berlayar di awan biru.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Sengit Lebih Menarik! Pertama Kali Digabung Bersama, Ini Barisan 16 Finalis Hero Dewi Remaja 2023
Kedua-dua bekas pramugara dan pramugari Air Asia tersebut berjaya mengalahkan lebih 1,300 penyertaan lain dalam bergelar Top 16 finalis pencarian bakat dan personaliti Hero & Dewi oleh majalah Nu Ideaktiv, Majalah Remaja.
Dewi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tersebut turut berkesempatan berkongsi memori manisnya ketika dihubungi oleh pihak produksi Hero Dewi Remaja 2023 ketika sedang bertugas sebagai pramugari.
“Ketika itu saya berada di airport dan line telefon sangat tidak stabil dan kerap tersekat.
“Apabila saya dengar ‘Tahniah, awak telah di-shortlisted sebagai peserta Hero Dewi Remaja,’ saya terus hubungi ibu di rumah dan menjerit bersama-sama,” jelasnya.
Meski baru berusia 22 tahun, si cantik manis itu menaruh harapan tinggi terhadap karier dunia seni dan mahu diingati sebagai seorang yang serba boleh.
“Saya harap menerusi platform ini, saya dapat create banyak kenalan untuk membantu mencapai cita-cita saya dalam menjadi seorang pelakon, penyanyi atau penari.
“Saya nak buat…semua sekali lah! Serba boleh. Barulah orang tengok kita dengan penuh tarikan,” komennya lagi.
Manakala, bekas pramugara Air Asia, Aiman Ameer pula merasakan bahawa dirinya adalah Hero Remaja yang cukup versatil dan mampu membawa nafas baru dalam dunia hiburan.
“Saya merasakan bahawa saya seorang yang versatil. Sebab apa? Kerana saya mempunyai banyak minat dan kalau boleh setiap satu itu saya ingin kuasai,” jelasnya.
Jejaka berusia 23 tahun tersebut turut mengekspresikan keinginannya untuk memenangi pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023.
“Kalau menang, satu anugerah. Kalau kalah adalah satu rezeki. Tak semestinya kalau kita di bawah atau atas, kita akan terus naik ke langit. Kita semua sama sahaja. InshaAllah, Ameer akan buktikan yang terbaik,” tekadnya.
Pertaruhkan kerjaya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun dua insan berbakat ini berjaya membuktikan bahawa minat mampu mengatasi segala-galanya. Goodluck korang!
**
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Two is DEFINITELY better than one!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gara-Gara ‘Content’ TikTok, Remaja Ini Gigih Bakar Hutan Dengan Sengaja
Di sebalik kemodenan teknologi masa kini, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN : #PrayForAmazonia Ini Yang Korang Patut Tahu Tentang Kebakaran Di Hutan Hujan Amazon
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Aplikasi TikTok umumnya dikenali sebagai aplikasi yang menggembirakan dan banyak memberi manfaat kepada umum. Namun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang berasal dari Pakistan sanggup membakar hutan dengan sengaja demi sebuah ‘content’ di laman media sosial popular ini. Malah, tindakan yang tidak masuk akal itu menyebabkan Humaira Asghar berhadapan dengan tindakan mahkamah.
Bukan hanya Humaira Asghar, malah menurut lapor Free Press Journal idea ‘gila’ ini kian menanah dan sedang merebak di Pakistan. Kebanyakan pemuda di sana sanggup untuk melakukan apa sahaja demi sebuah kandungan media sosial.
This is a disturbing & disastrous trend on Tik Tok! Young people desperate 4 followers are setting fire to our forests during this hot & dry season! In Australia it is lifetime imprisonment for those who start wildfires. We need to introduce similar legislation @WildlifeBoard pic.twitter.com/RGMXnbG9f1
— Rina S Khan Satti (@rinasaeed) May 17, 2022
Dalam video 11 saat, kelihatan Asghar berjalan menuruni Margalla Hills di Pakistan sambil dibelakangnya api bergerak perlahan dengan lagu pop sebagai muzik latar video pendek. Manakala di bahagian kapsyen pula, Asghar menulis bahawa api sedang marak di mana sahaja dia berada – satu kapsyen berani mati yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar.
Asghar bukan satu-satunya TikToker Pakistan yang telah dituduh membakar hutan hanya untuk kandungan media sosial. Pihak berkuasa Pakistan berkata, membakar hutan adalah budaya baharu yang muncul di negara yang kini sedang berjuang dengan situasi cuaca panas yang tidak menentu. Anak muda ini wajar di tangkap kerana kebodohan mereka yang gilakan populariti dan jumlah tanda suka, kata Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad Rina S Khan Satti di laman Twitter miliknya.
مارگلہ کے جنگلات میں آگ لگانے والے جوانوں کی ویڈیو سامنے آگئی@ahsanpsp @dcislamabad pic.twitter.com/7Ke0znzms8
— sajid sheikh (@sajidsheikh321) May 16, 2022
Menurut laporan Indian Express pula, seorang lelaki di bandar Abbottabad turut ditahan kerana sengaja membakar hutan untuk dijadikan sebagai latar bagi kandungan videonya. Dalam satu lagi video yang dikeluarkan baru-baru ini, dua lelaki dilihat melakukan hal yang sama dengan menyalakan api di sebuah hutan kemudian melarikan diri sambil muzik dimainkan sebagai latar video pendek tersebut.
Hmm..Dorang tak tahu perlakuan dorang ini mampu memberi kesan kepada ekosistem alam sekitar. Kenapalah nak pergi bakar hutan tu.Boleh je kan boleh guna efek je sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Indian Express , Twitter