Populariti yang dimiliki oleh francais filem Marvel pada waktu ini membuatkan ramai pelakon terkenal antarabangsa yang ingin sekali melibatkan diri sebagai salah satu karakter baharu yang akan muncul dalam filem akan datangnya.
Nampaknya, selebriti paling ‘latest’ yang disahkan akan menyertai keluarga besar Marvel Cinematic Universe selepas ini ialah penyanyi dan pelakon Dunkirk, Harry Styles!
Mengikut laporan New York Post, karakter Harry rupa-rupanya telah diperkenalkan dalam babak ‘post credit’ filem Marvel yang baru saja memulakan tayangan perdana di New York iaitu The Eternals.
Khabar angin itu bertambah kencang apabila wartawan Variety, Matt Donnelly yang sempat menghadiri tayangan perdana The Eternals mengesahkannya menerusi ciapan berbunyi, “Pendedahan besar daripada tayangan perdana #TheEternals – – Harry Styles telah menyertai MCU sebagai Eros, adik kepada Thanos.”
Big reveal from #TheEternals premiere — Harry Styles has joined the MCU as Eros, brother of Thanos.
— Matt Donnelly (@MattDonnelly) October 19, 2021
Thanos digambarkan sebagai musuh terhebat The Avengers setelah dia melenyapkan separuh daripada populasi penduduk dunia dalam filem Avengers: Endgame termasuklah beberapa watak penting MCU seperti Iron Man, Black Widow, Vision dan – well – dirinya sendiri.
Jadi, pengenalan Eros ini akan menjadikan jalan cerita MCU selepas ini lebih menarik untuk ditonton.
Ramai yang tertarik untuk melihat sama ada Harry perlu memakai peralatan teknologi khas seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Thanos, Josh Brolin dahulu.
Mungkin sekali tidak memandangkan watak Eros sebenarnya kelihatan lebih mirip sebagai manusia berbanding adik-beradiknya (walaupun hakikatnya dia bukan manusia).
Dan berbeza denganThanos, Eros ialah watak protagonis dan pernah satu ketika dulu menjadi ahli Avengers.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia bakal menjadi filem lakonan Harry kedua setelah dia muncul dalam filem peperangan, Dunkirk pada tahun 2017.