Terbaru, dua pelajar Malaysia, Muhammad Zakwan Rusydi Suhaimi dan Nur Syamila Abd Latif telah mengharumkan nama negara di Amerika Syarikat (AS) dengan berjaya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam menamatkan pengajian peringkat sarjana.
Zakwan dan Syamila telah menamatkan pengajian peringkat Master dalam bidang Dual Program Master of Business Administration (MBA) dan Master Sports Administration dari Ohio University, Athens, Ohio.
Menerusi laman sosial rasmi Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA) USA, mereka berkongsi perjalanan dan liku-liku kejayaan pelajar tajaan mereka, Muhammad Zakwan serta Nur Syamila yang jarang-jarang diraih anak Malaysia.
“Sepanjang tempoh pembelajaran mereka di Amerika Syarikat, banyak pendedahan dan pengalaman yang telah mereka perolehi kerana program ini menekankan experiential learning kepada pelajar”
Jelas laman itu lagi, pada tahun pertama pengajian di peringkat MBA, mereka perlu melakukan konsultasi dengan sebuah organisasi di Amsterdam, Belanda.
Seterusnya, mereka juga perlu membentangkan hasil kerja mereka di Amsterdam, Belanda sebagai projek terakhir mereka sebelum menamatkan MBA.
Ads
Dalam pada itu, bagi pembentangan Muhammad Zakwan memilih tajuk Strategic Use of Blockchain manakala tajuk pembentangan Nur Syamila pula berkaitan Building a Sustainable Solopreneur VC Business Model.
Apa yang lebih menarik, pada tahun kedua pengajian, mereka dengan bergiat lebih aktif dalam industri sukan di Amerika Syarikat.
Ads
“Muhammad Zakwan berpeluang untuk melakukan projek akhir dengan salah satu pasukan terkemuka National Football League (NFL) iaitu New York Jets”
“Beliau mengkaji cara terkini penaja pasukan profesional industri sukan melakukan activation dan marketing dan menganalisis organisasi baharu yang dijangka akan melakukan pelaburan di dalam industri sukan”
“Nur Syamila pula berpeluang melakukan projek akhirnya bersama Women National Basketball Association (WNBA) dan berpeluang mengkaji peminat Women’s College Basketball dan cara organisasi itu meningkatkan fanbase. Kajian beliau tertumpu kepada kebolehpasaran WNBA di peringkat antarabangsa,” kongsinya.
Mereka juga berkesempatan untuk bekerja bersama pasukan football dan basketball Ohio University selama dua tahun di sana. Juga, terlibat melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan tersengit sepanjang musim.
Ads
Sementara itu, Zakwan turut merebut peluang bekerja sebagai Assistant Event and Operations manakala Syamila bekerja sebagai Assistant Coordinator of Fan Engagement & Marketing untuk mengutip pengalaman sepanjang mereka belajar di Ohio University.
Sekalung tahniah buat Muhammad Zakwan dan Nur Syamila. Semoga kejayaan yang diraih mereka menjadi penguat semangat buat remaja di luar sana untuk mencapai cita-cita dalam setiap bidang yang diminati.
Sumber: Sinarplus & MARA USA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menerima anugerah istimewa yang diberikan universiti ketika majlis konvokesyen. Pastinya pelbagai bentuk sumbangan yang telah dilunaskan pelajar ini sepanjang pengajiannya.
Graduan ini dikenali sebagai Lua Pei Ling, dia yang merupakan pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Alumni, pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-24, baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, gadis berasal dari Johor ini menzahirkan kesyukuran dan dirinya tidak menyangka menjadi salah seorang penerima anugerah berkenaan kerana dia menyifatkan ramai lagi graduan lain yang cemerlang sama sepertinya.
Selain itu, dia yang kini berkhidmat sebagai Felo Perdana di Kementerian Komunikasi Digital (KKMM) itu juga berkongsi, kekangan yang terpaksa dihadapinya adalah sewaktu di tahun akhir kerana harus bahagi masa dengan komitmen dalam Program Felo Perdana, YSEALI Academic Fellowship dan Higher Education Malaysia Association, serta menyiapkan projek tahun akhir sehingga berasa putus asa dan ingin menangguhkan pengajiannya.
“Saya sangat bersyukur mendapat penyelia yang sentiasa membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan projek tahun akhir,” katanya.
“Kunci kejayaan saya adalah saya seorang yang suka belajar benda baru jika ada peluang saya akan ambil untuk mencuba yang terbaik,” katanya.
Sekadar informasi, Lua Pei Ling telah meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.85 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dapat dinafikan, minat mendalam terhadap bahasa asing boleh mendorong seseorang untuk menguasai bahasa tersebut dengan baik.
Inilah semangat yang diambil oleh remaja kelahiran Malaysia, Nurbalqis Abdul Rashid yang kini bergelar pelajar tahun dua jurusan Tafsiran dan Terjemahan Turki-Arab di Universiti Seljuk, Turkiye.
Nurbalqis, 23 telah mencatat sejarah setelah menjadi penterjemah profesional Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf kerajaan Turkiye. Menurutnya, dia perlu melalui proses temu duga mencabar selama dua jam, merangkumi ujian lisan dan bertulis sebelum menerima pengiktirafan tersebut.
“Ini satu permulaan baik kepada saya untuk berusaha lebih gigih demi menjadi penterjemah lebih bagus serta dapat membalas jasa ibu dan ayah yang telah memastikan saya mendapat pendidikan sempurna,” jelasnya kepada BERNAMA.
Minat Balqis dalam bidang bahasa tercetus sejak di tadika lagi. Berkat minat tersebut dan sokongan yang diterima daripada keluarga; Balqis melanjutkan pengajian selama dua tahun di Sudan untuk mempelajari bahasa Arab setelah menamatkan pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor. Setelah itu, dia ke Turkiye pula bagi mendalami bahasa asing lain.
Anak jati Rawang ini juga berkongsi bahawa dia pernah mengajar bahasa Turki di Perpustakaan Awam Selangor, menterjemah buku dari bahasa Turki ke bahasa Melayu dan bekerja separuh masa di Turkiye untuk menambah baik penguasaan bahasa Turkinya.
Tambah Balqis lagi, dia berharap lebih banyak karya antarabangsa dapat diterjemahkan kepada bahasa ibunda pada masa akan datang. Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengangkat bahasa kebangsaan yang kita cintai.
Selain bahasa Melayu, Balqis juga diiktiraf untuk melakukan penterjemahan bahasa Turki ke bahasa Inggeris, Indonesia serta Arab dan sebaliknya.
Tahniah Nurbalqis Abdul Rashid atas usaha dan kejayaan yang telah dikecapi ini. Semoga lebih ramai anak muda membuka mata untuk memartabatkan bahasa dan menjadikan kerja penterjemahan ini sebagai satu kerjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti di dalam negara sekarang disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Walaupun masih tidak dibenarkan ke luar negara, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Bagi tetap menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, meskipun tahun ini tiada perarakan atau sambutan besar-besaran bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 — namun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang kreatif.
Kalau korang jalan-jalan ke Kuantan pada 24 hingga 31 Ogos ini, korang tidak perlu membayar parkir jika kenderaan yang korang pandu dipasang dengan Jalur Gemilang..maknanya korang akan dapat parkir PERCUMA!
Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK menerusi posting di Facebook rasminya.
Namun untuk mendapatkan parkir percuma sepanjang korang berada di Kuantan, ini beberapa syarat yang ditetapkan MPK :
– Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm.
– Ada beberapa cara pemasangan yang ditetapkan seperti dalam gambar.
Kalau menepati segala syarat di atas, kenderaan korang akan dibenarkan untuk parkir secara percuma dan tiada sebarang kompaun akan dikeluarkan walaupun korang tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.
Tapi harus diingatkan tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan — tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang.
Best kan?
Sambil itu, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang percutian nanti.
Sumber : Facebook MPK
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Sissy Imann, kini boleh berbangga setelah berjaya menggenggam sarjana dalam bidang muzik dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas empat tahun berusaha...