Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Azhar Sulaiman, pelakon dan pengacara terkenal.
Beliau yang turut merupakan bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat telah bersama-sama berhempas pulas dalam mengadili ratusan anak muda yang hadir ke uji bakat tersebut.
Ads
“Sebaik sahaja sampai pagi tadi, saya saksikan ramai sangat anak muda yang sanggup datang untuk uji bakat Hero Dewi Remaja kali ini,
“Namun dari segi penampilan dan pemakaian, takpelah kita campak tepi sebab tahun ini kita benar-benar mahu mencari individu yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk menjadi hero dan dewi remaja tahun ini,” jelasnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UiTM ini juga enggan mengetepikan soal bakat dan rupa dalam pencarian peserta tahun ini kerana ianya merupakan aspek paling penting.
Ads
“Ianya bukan mengenai akademik, rupa dan talent secara berasingan sahaja. Kita mencari individu-individu yang mempunyai pakej yang lengkap iaitu rupa dan bakat,” komennya.
Mula berlakon sejak tahun 1989, pelakon berpengalaman ini enggan mengkritik pelapis anak seni zaman sekarang dan menganggap bahawa ianya normal bagi mereka untuk tidak mahir sepenuhnya dalam menguasai seni lakonan.
“Sebagai seorang pelakon senior, saya merasakan platform Hero dan Dewi Remaja ini sudah banyak melahirkan barisan pelapis dan anak seni dalam negara,
Ads
“Tiada apa pun yang kurang dengan generasi pelakon muda kini dan selalunya mereka akan sedikit lacking hanya pada permulaan karier. Setelah lama berkhidmat di dalam industri, perkara ini akan menjadi kebiasaan bagi mereka,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.
Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.
Berita baik untuk pecinta barangan kemas dan aksesori TOUS, iaitu satu jenama aksesori dari Sepanyol, terkemuka dalam sektor mewah mampu milik telah membuka butik flagship berkonsep baharu di Suria KLCC yang di rasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib.
Butik ini akan membolehkan pelanggan yang datang untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli. TOUS Suria KLCC ini juga merupakan butik tunggal flagship di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita yang dipamerkan di bahagian Heritage.
Seleksi Aksesori TOUS yang memukau hati
Selain barangan kemas, korang juga boleh melihat koleksi baharu barangan kemas, beg tangan, selendang, kaca mata gelap dan wangian di butik TOUS berdekatan. Selain KLCC, TOUS juga boleh didapati di Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.
So, rambang mata tak?sebenarnya banyak lagi koleksi lain yang cantik- cantik. Korang boleh la cuci mata di www.tous.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pada pukul 9.38 pagi tadi.
Bayi yang seberat 2.9 kilogram itu merupakan cahaya mata kelima bagi pasangan tersebut dan anak ketujuh bagi Jamal yang kini berusia 66 tahun.
Khabar gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka itu dikongsi oleh penyanyi lagi popular Penghujung Rindu itu melalui aplikasi WhatsApp kepada pihak media.
Menurut sumber, pasangan ini merancang untuk memberi nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah kepada bayi mereka, yang dipercayai diambil sempena nama seorang gadis yang dipuja oleh Nabi Yusof.
“Alhamdulillah, pembedahan semua sempurna. Anak dan isteri, kedua-duanya okay. Sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi kami rezeki ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah,” katanya.
Pasangan ini yang berkahwin pada 1 April 2017, sebelum ini telah dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Jamal juga mempunyai dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamanihasil perkahwinan terdahulunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi rakaman tersebut, pemuda yang dikatakan seperti penyanyi lagu popular Sayang Sayang itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah. Sekali gus, ia menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata membuat andaian sendiri mengenai penyanyi tersebut.
Tampil membantu membersihkan nama baik Aliff daripada terus difitnah dan menjadi bualan warganet, pelakon meningkat naik, Ahmad Shahidan Izwan menerusi satu hantaran InstaStory menjelaskan keberadaan penyanyi tinggi lampai itu di kelab malam adalah kerana keria semata-mata.
“Tak pasal-pasal dia kena fitnah, #kuakadkaudenganbismillah.
“Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya yang turut memuat naik beberapa keping foto dan video bersama penyanyi itu di lokasi tersebut.
Difahamkan, Shahidan yang popular dengan naskhah 7 Hari Mencintaiku 2 itu merupakan antara yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.
Sempat REMAJA menjengah menerusi beberapa ciapan di Twitter, rata-rata warganet dan para peminat berharap Aliff tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan menggunakan peluang yang diberikan sebelum ini untuk menjadi suami dan bapa dengan lebih baik.
Sebelum ini, penyanyi lagu Kalau Cinta itu pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk isu curang dengan beberapa wanita.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri tercinta yang juga penyanyi, Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...