Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Praktis Kaw Kaw, Barulah Anda Datang…” -Pesanan Che Ta Buat Peserta Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Azhar Sulaiman, pelakon dan pengacara terkenal.
Beliau yang turut merupakan bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat telah bersama-sama berhempas pulas dalam mengadili ratusan anak muda yang hadir ke uji bakat tersebut.
“Sebaik sahaja sampai pagi tadi, saya saksikan ramai sangat anak muda yang sanggup datang untuk uji bakat Hero Dewi Remaja kali ini,
“Namun dari segi penampilan dan pemakaian, takpelah kita campak tepi sebab tahun ini kita benar-benar mahu mencari individu yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk menjadi hero dan dewi remaja tahun ini,” jelasnya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Senibina dari UiTM ini juga enggan mengetepikan soal bakat dan rupa dalam pencarian peserta tahun ini kerana ianya merupakan aspek paling penting.
“Ianya bukan mengenai akademik, rupa dan talent secara berasingan sahaja. Kita mencari individu-individu yang mempunyai pakej yang lengkap iaitu rupa dan bakat,” komennya.
Mula berlakon sejak tahun 1989, pelakon berpengalaman ini enggan mengkritik pelapis anak seni zaman sekarang dan menganggap bahawa ianya normal bagi mereka untuk tidak mahir sepenuhnya dalam menguasai seni lakonan.
“Sebagai seorang pelakon senior, saya merasakan platform Hero dan Dewi Remaja ini sudah banyak melahirkan barisan pelapis dan anak seni dalam negara,
“Tiada apa pun yang kurang dengan generasi pelakon muda kini dan selalunya mereka akan sedikit lacking
hanya pada permulaan karier. Setelah lama berkhidmat di dalam industri, perkara ini akan menjadi kebiasaan bagi mereka,” jelasnya lagi.+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA