Hiburan

Hasrat Evertts Gomes Sebagai Anak Seni Tempatan Tertunai

Share

Bekas peserta Hero Dewi Remaja 2023, Evertts Gomes tampil berkongsi perkembangan terbaharunya, selepas menamatkan program realiti tersebut.

Jejaka berasal dari Sabah itu berkata, kini sedang sibuk dengan beberapa naskhah, termasuk bekerjasama dengan pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pastinya Rasa Bangga & Puas Hati” -Adrina & Evertts Gomes Genggam Gelaran ‘The Best Actor’ Bagi Cabaran Minggu Ini

“Sudah Februari, sangat laju masa berlalu. Saya sibuk sekarang sebaik sahaja tamatnya Hero Dewi Remaja. Shooting, shooting dan shooting.

“Sekarang saya sedang melakukan pengambaran bersama Fattah Amin, Fazura serta Elisya. Selepas ini juga saya ada projek lain pula,” katanya kepada Remaja.

Pada masa sama, Evertts juga memaklumkan dirinya seronok bekerja di bawah produksi pelakon dan usahawan itu.

“Sudah semestinya gementar bekerjasama dengan Fattah dan Fazura. Umpama seperti berjumpa dengan nama-nama besar.

“Ya, we did it

dan tidak malukan nama Remaja kerana saya lakukan sekali take sahaja. Bekerja dengan mereka memang seronok,” tambahnya.

Berkongsi pula mengenai hala tujunya sebagai anak seni sejurus sahaja tamat Hero Dewi Remaja 2023, dia menitipkan harapan agar dapat meneruskan sebagai pelakon yang berbakat dan tersohor pada masa akan datang.

“Bangga. Sejujurnya saya berasa amat bangga kerana daripada program Hero Dewi Remaja, itu adalah perancangan dan target saya untuk menjadi seorang anak seni baharu.

“Saya juga berharap dapat memegang watak besar lagi dan dapat meneruskan sebagai anak seni yang berbakat dan tersohor pada suatu hari nanti,” ujarnya lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Evertts Gomes

Published by
Fath