Hasrat penyanyi Sufian Suhaimi untuk mengakhiri zaman bujang sekali lagi tidak kesampaian, apabila hubungannya dengan Rania Al Sadat terlerai pada minggu kedua Ramadan baru-baru ini.

Katanya, cincin risik kedua belah pihak sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan, selain memaklumkan hubungan mereka masih dalam keadaan baik sehingga hari ini.

Hasrat Sufian Suhaimi Untuk Akhiri Zaman Bujang Tak Kesampaian, Cincin Risik Dah Dipulangkan

“Hubungan kami masih baik cuma hubungan ‘merisik’ itu sudah tiada. Cincin risik sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan.

“Masing-masing menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka tanpa ada rasa dendam. Hakikatnya selepas keputusan tersebut dibuat, kami masih berjumpa dan berbual.

“Lepas pulangkan cincin, kami pilih untuk saling menghormati ruang masing-masing,” katanya.

Ads

Hasrat Sufian Suhaimi Untuk Akhiri Zaman Bujang Tak Kesampaian, Cincin Risik Dah Dipulangkan

Pada masa sama,  penyanyi lagu hit Menggenggam Bahagia itu juga memberitahu bahawa perpisahan tersebut berlaku atas sebab tidak sehaluan selepas membincangkan banyak perkara.

“Ini adalah keputusan bersama, tiada sebarang pergaduhan mahupun sebab orang ketiga. Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk nikah pada tahun lepas. Banyak yang kami bincangkan termasuk pernikahan bukan satu perkara yang perlu dilakukan dalam keaddan tergesa-gesa.

Ads

“Apabila semakin dekat dengan tarikh (nikah), kami saling berbincang tentang kehidupan. Ada perkara dia nak, saya tak okey dan sebaliknya.

Hasrat Sufian Suhaimi Untuk Akhiri Zaman Bujang Tak Kesampaian, Cincin Risik Dah Dipulangkan

“Hasil perbincangan itu, kami memilih untuk mengambil satu langkah ke belakang sebab tak mahu berada dalam hubungan yang boleh dikatakan tak sehaluan,” tuturnya lagi.

Ads

Sufian bagaimanapun bersyukur fasa merisik memberikannya peluang mengenali hati budi wanita itu dengan lebih mendalam sebelum masuk ke peringkat seterusnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Leeyanarahman

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI