Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38), Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali bersama lagi tahun ini dengan sebuah bingkisan istimewa berjudul Ketipak Ketipung Raya, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.
“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok.
“Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.
“Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.
Ads
Selain itu, kedua penyanyi berbakat besar ini juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Namun, bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.
“Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya.
“Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” kata Aisha pula.
Ads
Dalam pada itu, lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja. Selain mereka berharap pendengar berpuas hati dan dapat menerima buah tangan terbaharu ini.
“Saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini. Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan.
“Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok.
“Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,” tutur pasangan duet itu penutup bicara.
Sebagai informasi, lagu Ketipak Ketipung Raya telah menjadi fenomena di media sosial apabila ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan lagun ini sebagai muzik latar video mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang masih ingat lagi dengan gadis misteri yang pernah muncul dalam Asia's Got Talent 2017, The Sacred Riana pernah menjadi bualan kerana setiap kemunculannya dalam rancangan realiti tersebut boleh menaikkan bulu roma penonton.
Merupakan seorang ahli silap mata, kini pemilik nama sebenar Marie Antoinette Riana Graharani sudah pun beraksi di layar perak.
Dengarnya, penonton bakal disajikan dengan aksi yang lebih seram.
Mempertaruhkan The Sacred Riana: Beginning dalam kemunculan pertamanya, filem ini mengisahkan tentang Riana yang tinggal bersama ibu bapanya yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian di sebuah bandar kecil.
Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka. Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riana. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu.
Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.
Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.
Apakah yang seterusnya akan terjadi?
Jangan lupa saksikan The Sacred Riana: Beginning di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Psstt.. ada yang nak belanja kami tengok wayang tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konflik hubungan antara pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi, 5 September 2024 dan mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.
Kredit: KosmoKredit: Kosmo
Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof (40), Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan pelakon berkenaan sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @wafanorsyazana telah pun berkongsi tentang seorang rakannya yang bekerja di Secret Recipe yang mempunyai bakat melukis yang luar biasa.
Biasanya jika membeli kek, hanya ucapan seperti Happy Birthday sahaja yang akan ditulis dengan tulisan berangkai seumpamanya. Namun, rakannya Aina ini mampu untuk melukis di atas kek dan dia juga telah merealisasikan permintaan adik Wapa yang meminta gambar Unicorn di kek hari lahirnya.
Perkongsian ini telah pun mendapat hampir 13 ribu tanda suka dan 9 ribu retweets di laman sosial tersebut.
Wapa juga turut berkongsi antara hasil seni lukisan atas kek yang dihasilkan oleh rakannya itu.
Memang terbaik dan sangat kreatif!
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana kek itu boleh dipegang secara menegak, Wapa juga menerangkan bahawa kek itu sebenarnya fake cake atau lebih dikenali sebagai dummy cake. Kebiasaannya, dummy cake ini digunakan oleh staff untuk belajar menulis di atas cake. Aina mencurahkan bakatnya atas kek tersebut dan icing cream yang berwarna itu juga disediakan sendiri oleh Aina kerana ingin saja-saja melukis.
Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan Secret Recipe menawarkan servis lukisan kek seperti ini. Khabarnya, Aina bekerja di cawangan Star Avenue, Subang. Sama ada caj tambahan dikenakan atau pun tidak, korang kenalah tanya sendiri okay. Hiks!
Hm, selepas ini kami pun nak singgah ke Secret Recipe Star Avenue jugalah. Hehe!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...