Destinasi pelancongan di Thailand paling digemari golongan keluarga Malaysia tahun ini. Mana tidaknya, negara tersebut sememangnya ‘kaya’ dengan pelbagai juadah yang enak selain menawarkan lokasi pelancongan yang indah.
Kota metropolitan Asia yang menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei.
Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi
antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan
berkeluarga adalah bandar-bandar besar.
Ads
Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.
Ads
Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia
adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.
Menurut Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson, rakyat di negara ini lebih menghargai masa dengan meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan percutian dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di luar sana.
Ads
“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan
bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil
menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah keluarga DiRaja Britain sentiasa menjadi tumpuan masyarakat dunia, apa sahaja skandal yang terjadi pasti akan mengisi dada-dada akhbar cetak mahupun atas talian.
Terbaharu pasangan Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle telah secara rasmi dilucutkan semua jawatan diRaja yang mereka miliki dan ini termasuk juga pangkat dalam pasukan beruniform serta kedudukan mereka sebagai penaung sesebuah badan kebajikan yang mewakili keluarga DiRaja tersebut.
Setahun lalu pasangan ini telah membuat keputusan untuk hidup seperti rakyat biasa dan berpindah ke Amerika Syarikat. Dalam tempoh 12 bulan sesi reviu telah dilakukan untuk melihat langkah seterusnya bagi pasangan tersebut. Apabila Putera Harry & Meghan Markle mengesahkan yang mereka tidak akan kembali sebagai ‘working royal’, seluruh pangkat mereka turut ditarik.
Keputusan ini khabarnya telah diputuskan oleh nenda kepada Putera Harry, Ratu Elizabeth sendiri. Menurut sumber terdekat dengan Ratu Elizabeth, “Hasil dari perbincangan bersama Putera Harry, Ratu Elizabeth telah menulis dan mengesahkan yang apabila mengundurkan diri dari kerja sebagai keluarga DiRaja adalah mustahil untuk mereka meneruskan tanggungjawab dan tugas yang datang dengan kehidupan yang tertumpu dengan kerja khidmat masyarakat.”
Penarikan kembali semua pangkat itu termasuklah lantikan Kehormat di dalam sektor ketenteraan serta tugas sebagai Penaung DiRaja. Tugas-tugas ini akan dibahagikan kepada anggota lain di dalam keluarga DiRaja tersebut. Namun begitu jawatan mereka sebagai penaung untuk organisasi secara peribadi tidak terganggu.
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Resorts World Genting (RWG) milik Genting Malaysia Bhd hari ini mengumumkan bahawa taman tema luar terbaharunya, Genting Skyworlds dijangka siap dan dibuka kepada orang awam pada suku kedua tahun ini.
Dalam sidang media yang dianjurkan secara virtual tengah hari tadi, RWG berkongsi bahawa mereka telah membelanjakan lebih $USD800 juta ($USD1 = RM4.04) pada taman tema tersebut dan mereka percaya ia akan menarik ramai pengunjung dari sekitar rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kata Naib Presiden Eksekutif RWG Leisure and Hospitality iaitu Datuk Edward Holloway, Genting Skyworlds akan memberi tumpuan untuk menarik pelancong domestik terlebih dahulu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan perjalanan di antara negeri dibenarkan.
Jadi, korang bolehlah jangkakan beberapa promosi yang akan ditawarkan kepada pelancong dalam negara untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun ini selepas ia dibuka kepada orang ramai.
Sebaik saja sempadan dibuka semula, mereka menjangkakan ketibaan pengunjung dari negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong dan China.
Genting SkyWorlds juga akan menggabungkan jenama dan harta intelek 20th Century Fox melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Fox.
Wah, mesti gempak kan. Tak sabar nak tunggu suku kedua 2021.
Tapi, jangan nanti berpusu-pusu pula korang naik ke Genting Highland. Berlibur tak salah asalkan jaga SOP, okay?
Sementara tunggu, jom layan dulu video teaser animasi Genting Skyworlds di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebergantungan harap sebilangan anak muda terhadap bahan rokok bukanlah sesuatu yang dikenal pasti. Bahkan, gejala merokok dalam kalangan pengguna muda terutamanya di bawah usia 35 tahun sudahpun berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.
Laporan persidangan Tobacco Harm Reduction yang ke-6 pada bulan September lalu sudah pun mengesahkan betapa tingginya jumlah perokok dalam kalangan remaja. Statistik yang dilaporkan mereka menunjukkan 40.2 peratus daripada remaja lelaki berusia 15 tahun ke bawah merupakan pengguna produk tembakau dan ia amat membimbangkan.
Isu ini terus berlarutan dari generasi ke generasi disebabkan beberapa faktor seperti ketagihan terhadap kandungan nikotin yang ada di dalam sebatang rokok (biarpun nikotin bukanlah punca utama kepada penyakit kronik akibat tabiat menghisap rokok), gambaran imej swag di hadapan rakan sebaya dan disebabkan pengaruh orang di sekeliling yang menghulurkan pelawaan.
Dahulunya, gejala merokok seakan sukar untuk dibendung sekiranya seseorang itu sudah menjadikannya sebagai rutin harian. Ketiadaan sebatang rokok umpama pernafasan terganggu buat mereka gamaknya.
Jujurnya, generasi muda pada zaman sekarang lebih beruntung kerana dilengkapi dengan pelbagai pilihan alternatif. Semuanya gara-gara keberkesanan teknologi yang membuatkan si perokok tegar kini boleh berharap kepada beberapa alternatif lain yang lebih kurang berisiko berbanding rokok tradisional.
REMAJA ingin memetik perkongsian oleh Pengarah Bahagian Penglibatan Saintifik Serantau Asia di Philip Morris International, Tomoko Iida yang diterbitkan menerusi segmen Scientific Update Issue 16R.
Ujar beliau, negara Jepun juga tidak terlepas daripada menangani isu merokok dalam kalangan masyarakat mereka. Cuma, selari dengan perkembangan teknologi dan kesedaran yang semakin berkembang terhadap bahaya gejala merokok kepada diri sendiri serta masyarakat di sekeliling; masyarakat di Jepun kini semakin cakna dengan alternatif yang boleh mereka guna pakai bagi menggantikan sebatang rokok biasa.
“Data dari Jepun menunjukkan produk bebas-asap rokok (smoke-free products) boleh memainkan peranan penting dalam pengurangan bahaya tembakau dan kesihatan orang awam.
“Data jualan di Jepun juga terus menunjukkan bahawa HTP (Heated Tabacco Product ataupun produk tembakau yang dipanaskan) mempunyai kesan positif terhadap penurunan kelaziman merokok dengan menghentikan sejumlah besar perokok dewasa daripada tabiat menghisap rokok.
“Pengambilan HTP di Jepun juga membantu penurunan mendadak dalam jualan rokok. Menurut laporan terbaru industri daripada Tobacco Institute of Japan, pengambilan rokok menurun sebanyak 44 peratus dalam tempoh lima tahun selepas pengenalan THS (Tobacco Heating System ataupun Sistem Tembakau yang dipanaskan) – iaitu penurunan tertinggi yang pernah berlaku di Jepun,” kongsi Iida.
Perkembangan positif yang berlaku di Jepun ini turut dibantu oleh keperibadian masyarakat di sana yang memandang tinggi faktor kebersihan peribadi dan di sekeliling serta keterbukaan minda mereka untuk mencuba teknologi baharu demi kelangsungan hidup yang lebih baik.
“HTP dianggap mempunyai kelebihan yang ketara; sesuai dengan budaya perokok di Jepun.
“Sebagai contoh, HTP tidak menghasilkan abu (justeru tidak perlu membersihkan bekas abu rokok, tiada kebakaran (mengurangkan risiko berlakunya kebakaran di rumah), kurang bau dan tiada asap (justeru tidak menganggu orang lain di sekeliling),” tambahnya lagi.
Tujuan utama Iida menyentuh mengenai asap rokok adalah kerana ia merupakan salah satu punca utama menjurus kepada penyakit kronik dalam kalangan perokok dan perokok sekunder (mereka yang berada di sekeliling mereka).
Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia di mana sekurang-kurangnya 100 daripadanya telah disahkan sebagai memudaratkan.
Ini bermakna, berbekal mindset yang bersedia untuk berubah dan komited melakukan perubahan demi kebaikan diri sendiri dan orang tercinta; sebarang halangan untuk beralih daripada pengambilan rokok seperti dahulu kala kepada alternatif bebas asap rokok akan bertambah mudah.
Haa, tapi mesti korang tertanya-tanya kan – selain daripada faktor-faktor tersebut, apa lagi yang membuatkan perokok di Jepun mampu beralih arah daripada rokok biasa yang sudah terbiasa dihisap setiap hari? Dan adakah alternatif bebas asap rokok yang diambil sekarang?
Dalam dua kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan (MHLW) Jepun serta Pusat Kanser Kebangsaan (NCC) untuk mengkaji kesan HTP terhadap kualiti udara dalaman, mereka mendapati bahawa pendedahan kepada aerosol daripada HTP dalam sebuah bilik disifatkan sebagai ‘boleh diterima’ ataupun tolerable memandangkan risiko kanser seumur hidup berada di bawah tahap VSD 10-5 (1/100,000) iaitu tiga magnitud lebih rendah daripada rokok biasa yang dihisap dalam keadaan yang sama.
. . .
Tidak dinafikan, kebanyakan kajian menunjukkan produk bebas asap rokok ini tidaklah bebas sepenuhnya daripada risiko.
Namun, perkembangan teknologi terhadap alternatif tembakau yang sedang berlaku kini ternyata mengurangkan risiko kesihatan berbanding rokok. Ini sekaligus membantu perokok tegar untuk meninggalkan budaya merokok terutamanya dalam kalangan remaja generasi sekarang. Pilihan terbaik tentunya adalah untuk menghentikan terus tabiat merokok kalian demi kesejahteraan diri sendiri dan orang tersayang terutamanya yang berada di sekeliling korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...