Hati-Hati Bank In Duit, Gadis Kongsi Pengalaman Terima RM873.60 Sedangkan Tak Jual Sanitizer Pun

Share

Musim wabak corona virus ini, ramai yang mencari hand sanitizer kerana ia salah satu cara berkesan untuk menghilangkan kuman. Namun paling efektif adalah dengan mencuci tangan seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di saat ramai mencari-cari penjual yang menjual mask dan hand sanitizer, ada ketikanya kita mungkin tersilap ketika membuat pembayaran kepada peniaga atas talian ini.

REMAJA berkongsi pengalaman dari seorang gadis,  Wan Nor Syamimi Wan Daud, 27 yang berkata, dia terkejut apabila menerima notification berlaku kemasukan duit sebanyak RM873.60 ke akaun peribadi Bank Islamnya dan tertera mesej SANITIZER.

Mimi akui agak terkejut meenerima notification kemasukan wang dan tertulis sanitizer sebanyak RM874.60 tengahari tadi

“Bila saya check dengan Bank Islam, pihak bank tidak dapat mengenal pasti nama pemberi kerana wang dimasukkan melalui ATM mesin.  Susah juga hati saya kerana itu hak orang. Saya pasti pemiliknya membeli sanitizer dalam jumlah yang besar, besar kemungkinan dia mahu menjualnya sedangkan saya bukan pembekal hand sanitizer pun. Saya bekerja di kedai pintu di Kota Bharu dan tidak ada membuat apa-apa bisnes atas talian,” katanya yang tinggal di negeri Pantai Timur itu.

Dalam pada itu, Wan Nor Syamimi atau mesra disapa Mimi berkata, dia ada memasukkan di IG miliknya dan menyuruh kawan-kawan dikenali untuk mengesan gadis bernama Nor Ashida kerana mahu memulangkan haknya kembali.

Mimi menviralkan di IG nya sebelum untuk mencari individu bernama Nor Ashida kerana mahu memulangkan kembali wang tersebut yang bukan miliknya
Kesan viral di twitter, gadis itu ditemui kurang dari dua jam

“Sampailah kawan-kawan menviralkannya di twitter dan sekitar jam 3.30 petang tadi, gadis itu ada menghubungi saya kembali. Lega rasanya dapat temui tuannya kerana ia amanah dan ia bukan hak saya juga. Masa berbual dengannya, dia mengakui tersilap memasukkan wang kerana kebetulan nama saya dekat-dekat dengan nama orang yang di bank in nya itu.

“Nasihat saya pada mana-mana individu agar lebih berhati-hati membuat transaksi duit kerana macam-macam perkara boleh berlaku.Kalau jumpa orang mahu pulangkan balik alhamdulillah tapi kalau tidak, memang susah jadinya,” katanya yang lega dapat mengembalikan wang itu kepada tuan empunya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros