Jika sebelum ini tular kematian seorang lelaki di Korea Selatan akibat jangkitan yang dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ setelah kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap di sana selama empat bulan.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Pulang Dari Thailand, Lelaki Korea Selatan Jadi Kem4tian Pertama Jangkitan ‘Amoeba Pemakan Otak’
Hal ini juga merisaukan rakyat Malaysia, memandang serius hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air, khususnya aktiviti di kawasan perairan air tawar.
Berdasarkan kenyataan media KKM, gejala-gejala ini akan muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) secara kebiasaan dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat- lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.
Bukan itu sahaja, keadaan pesakit juga boleh bertambah kritikal dengan pantas dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Noor Hisham Abdullah berkata, penyakit ini dikenalpasti melalui kaedah pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak pesakit.
Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan tetapi rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat pantas.
Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Aktiviti
Sehingga kini, pihak KKM mendapati bahawa tiada rekod kes jangkitan Naegleria Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah-langkah proaktif ketika melakukan aktiviti-aktiviti di kawasan perairan air tawar seperti di bawah;
Pada akhir kenyataanya, pihak KKM akan terus komited dalam melakukan pemantauan rapi mengenai situasi jangkitan Naegleria Fowleri, sama ada berada di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa.
Hati-hati korang yang merancang untuk melakukan aktiviti di kawasan perairan air tawar seperti sungai, tasik, air terjun dan sebagainya.
BACA LAGI: “Tahniah Anak Muda…”, Netizen Puji Sekumpulan Pemuda Gigih Bersihkan Sungai Penuh Sampah
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) via Facebook
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.