Sindiket Baru Scammer! Hati-Hati Dengan Tawaran Kerja Part-Time Dilaman E-dagang

Share

Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.

Seram kan?

Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?

Terbaru, polis Selangor saranankan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebuah sindiket penipuan baharu yang melakukan penipuan tawaran kerja sebagai ejen pembelian laman edagang Lazada.

Menurut maklumat polis, Ejen sindiket ini akan menjanjikan keuntungan sebanyak 8% sehingga 15% setelah melengkapkan tugasan yang diberikan. Namun, mangsa dikehendaki membayar beberapa kos bagi membolehkan mereka memperolehi pulangan yang dijanjikan.

Sindiket ini akan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk menawarkan kerja sambilan. Mangsa seterusnya akan diminta untuk membeli beberapa barangan – dimana pembayaran dilakukan terus ke akaun sindiket tanpa melalui platform Lazada.

Modus operandi yang selalu digunakan oleh scammer ini ialah menjanjikan bakal memulangkan kembali wang berkenaan – dan tujuan pembelian adalah dalam meningkatkan rating di Lazada.

Untuk pengetahuan korang, Polis Selangor turut mendedahkan setakat 6 Februari 2021 sehingga 20 April 2021 ini, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka, melibatkan kerugian mencapai RM219,271.15.

Kebiasaannya, bagi tugasan pertama dan kedua, mangsa akan menerima pulangan kos yang dibayar berserta komisyen. Namun, untuk tugasan ketiga dan seterusnya, sindiket akan berdolak-dalik, dan seterusnya menghilangkan diri.

Harap korang alert dan korang yang nak buat part-time tu secara online tu, hati-hati ye!

SUMBER RUJUKAN: POLIS SELANGOR

Published by
Nana