Korang mesti ada pengalaman ‘gurauan kasar’ di sekolah bersama rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.
Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.
Tapi korang sedar tak gurauan ini sebenarnya berbahaya?
Malang tidak berbau, hanya niat untuk bergurau seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu guarauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.
Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.
Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.
Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.
Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.
Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.
Jadi elakkan gurauan kasar seperti tarik kerusi sebegini. Jangan sebab keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.
Sumber: @jelegbt
Pelik! Remaja Ini Tak Pernah Makan Nasi Sejak Lahir, Akan Muntah Setiap Kali Dipaksa
Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham langsung tidak pernah makan nasi sejak lahir. Bukan saja nasi tetapi makanan lain seperti aiskrim dia juga tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Baru-baru ini kami ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
10 Anak Selebriti Yang Ikut Jejak Langkah Ibu Bapa Mereka Ceburi Bidang Hiburan
Isi Kandungan
ToggleJika kita lihat sekarang, ramai anak-anak selebriti tempatan atau pun di luar negara yang mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka untuk bergiat aktif dalam industri hiburan. Tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana perkara ini sememangnya sering berlaku dikalangan keluarga yang mempunyai darah seni.
Minat yang sama membuatkan mereka ingin turut serta dalam bidang seni ini dan tidak juga dinafikan ia sedikit sebanyak memberi kelebihan buat anak-anak selebriti ini untuk mudah dikenali peminat. Mana tidaknya, ada di antara mereka yang sudah terbiasa menjadi tumpuan sejak dilahirkan.
Jika di Malaysia mungkin korang sudah mengenali anak-anak selebriti yang turut berkecimpung di dalam industri hiburan. Jadi kali ini kami ingin kongsikan anak selebriti Hollywood yang juga mengikut jejak langkah ibu atau ayah mereka.
Emme Maribel Muniz
Anak perempuan Jennifer Lopez, Emme baru berusia 13 tahun dan sudah mula mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam video muzik Limitless dan remaja ini juga menunjukkan bakat nyanyiannya dalam persembahan secara langsung di Super Bowl Halftime Show.
Bapanya adalah bintang muzik Marc Anthony dan Jennifer Lopez sendiri mengakui bahawa anaknya itu mempunyai suara seperti ayahnya.
Lily Rose Depp
Anak perempuan Johnny Depp merupakan seorang model dan pelakon. Debut lakonannya bermula apabila Lily Rose membawa peranan kecil dalam filem Tusk (2014) dan muncul dalam The Dancer and A Faithful Man, yang membawa gadis berusia 22 tahun ini dalam pencalonan Anugerah Cesar untuk kategori Most Promising Actress 2018. Lily Rose juga pernah menjadi duta jenama Chanel sejak tahun 2015.
Mia Honey Threapleton
Anak perempuan Kate Winslet baru-baru ini membintangi filem pertamanya berjudul Shadows. Menurut Kate Winslet, ia adalah satu perkara yang indah kerana sejak dari mula dia sudah mengetahui bahawa Mia akan menjadi seorang pelakon.
North West
Anak kepada Kanye West dan Kim Kardashian ini memulakan kerjaya di pentas pada tahun lalu. Little North mengikuti persembahan bersama bapanya dan melangkah ke dunia rap. Dia juga pernah viral di TikTok selepas menyiarkan video tanpa kebenaran ibu bapanya.
Blue Ivy Carter
Walaupun baru berusia 10 tahun, anak kepada Beyonce dan Jay-Z ini telah pun mengumpul beberapa anugerah untuk persembahan nyanyiannya. Pada tahun 2020, dia menyertai ibunya di trek “Brown Skin Girl” dan dia juga adalah penerima Anugerah BET termuda.
Willow Sage Hart
Anak perempuan Pink, Willow tidak segan-segan untuk berkongsi bakat nyanyiannya di hadapan orang ramai. Dia turut menyanyi dalam album Pink “The Truth About Love” dan muncul dalam beberapa video muzik ibunya.
Jaden dan Willow Smith
Anak-anak Will Smith dikurniakan bakat nyanyian dan lakonan. Jaden, membuat debut filemnya pada tahun 2006 apabila dia digandingkan bersama ayahnya. Selepas berehat sebentar daripada berlakon untuk fokus pada kerjaya muziknya, dia kembali membuat filem. Adik perempuannya, Willow juga seorang penyanyi, penari dan pelakon yang berjaya.
Romeo Beckham
Anak kepada pemain bola sepak terkenal, Romeo pada mulanya tidak boleh membuat keputusan antara tenis dan bola sepak, tetapi kemudian membuat keputusan untuk mengikut jejak ayah menjadi pemain bola sepak dan model iklan.
Lila Grace Moss
Sama seperti ibunya, Lila memutuskan untuk menjadi model fesyen. Walaupun baru berusia 19 tahun, kerjayanya sudah semakin berkembang.
Shiloh Jolie Pitt
Sebagai anak kepada Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh sudah menjadi bintang sejak selepas dia dilahirkan dan muncul dalam tajuk utama semua akhbar. Semasa bayi, dia telah muncul dalam filem The Curious Case of Benjamin Button dan Kung Fu Panda 3. Shiloh juga sering menghadiri acara di karpet merah. Baru-baru ini, anak gadis ini menunjukkan minat dalam misi kemanusiaan sama seperti ibunya.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Girlfriend Jenis Kaki Tidur? 20 Idea Hadiah Ini Boleh Diberi Kepada Mereka
Isi Kandungan
ToggleSemua orang perlukan beauty sleep pada setiap hari.
Bukan hanya untuk menjamin tenaga pada keesokan harinya. Tidur yang cukup dan berkualitu juga penting untuk menjaga kecantikan pada muka serta kesihatan badan.
Bukan senang tau nak jadi cantik, korang apa tahu. Hiks!
Kalau birthday girlfriend jenis kaki tidur ni dah nak dekat, atau korang saja nak dapatkan idea hadiah unik untuk ulang tahun couple. ATAU mungkin ada buat salah dengan girlfriend dan perlu menebus kembali kesilapan.
Jangan risau, REMAJA rangkumkan 20 idea yang boleh korang guna pakai.
Bath Robe
Cantik sangat warna hijau tua ni. Dan kami suka sangat dengan potongan straight pada seluarnya. MONKI
Pati Prun
Dengan kebaikan esen vitamin E sejumlah 10mg, minuman suplemen ini bukan hanya membantu diet tetapi juga bagus untuk penjagaan kulit. InnerShine®
Uncang Teh Teavana
Set 12 uncang sekotak ini mengabungkan perisa acai berry, bunga raya, nenas, manga dan epal. Starbucks
Cow Cool Mist Humidifier
Pembersih udara ini adalah solusi baik untuk simptom kulit kering, bibir pecah dan jika korang mudah dijangkiti demam. SHOPEE
Slipper Berbulu
Seriously, kalau korang belikan ini untuk girlfriend mesti dia sayang lebih punyalah. Pilih je nak singa laut atau nak llama. TOPSHOP
Faux Fur Slipper
Itu kalau suka bulu-bulu tebal. Kalau nak bulu-bulu panjang pun ada. H&M
Jumpsuit Jersey
Tak salah kalau sekali-sekala nak ngada-ngada pakai jumpsuit masuk tidur. H&M
Cadar Katil
Duvet bercetak dengan corak dedaun ini memang sesuai untuk suasana bilik tidur tenang. H&M
Seluar Harem
Jenama yangbaru berada di One Utama ini menyediakan macam-macam jenis pakaian kasual seperti ini. Sesuai untuk dibawa ke luar atau untuk tidur saja. LC Waikiki
Pupur Muka
Haa, tahu ke tak pupur tu apa? Pupur atau mask My Real Squeeze ini mempunyai 18 jenis kesemuanya. RM5 je satu pula tu! innisfree
Casing Telefon
Untunglah ada iPhone X! Phone dah cantik tapi sarungkan casing okay, takut calar. Otterbox
Tea Tree Anti-Imperfection Night Mask
Kami sendiri adalah big fans kepada koleksi Tea Tree ini. Bau je macam kedai ubat tapi hasilnya, muka yang segar hingga esok pagi. The Body Shop
Skrub Badan
Sebelum nak tidur, mestilah kita badan bersih dan bebas daripada ketidakselesaan. Daripada tiga ‘perisa’ ini, kami sukakan Coriander. Kiehl’s
Sarung Kusyen
Mesti tak pernah terfikir nak hadiahkan sarung kusyen kan? She will love this, for sure. IKEA
Ambal
Ambal atau rug berbulu ini bukan saja tempatnya di lantai. Cuba suruh girlfriend letak di sofa, tempat dia selalu baca novel. IKEA
Robe
Amboi seksinya! Hehe sekali-sekala biarlah dia rasa feminin juga dengan robe baldu dan lace ni. Bukan nak tayang dekat siapa pun. TOPSHOP
Krim Malam
Kalau boleh, perempuan nakkan semua produk daripada Soap & Glory hehe. For starter, korang berikan Beauty Sleep Accelerator ni okay. Sephora
Syampu
Bagi mengelakkan rasa rambut gatal semasa tidur terutamanya bagi perempuan berhijab. Sunsilk Hijab Recharge
Topeng Mata
Girlfriend tidur bersama adik-beradik lain? Atau dekat dalam dorm? Haa, hadiahkan topeng mata ni, you’re welcome. TYPO
Langsir
Yang ni memang unik! Siapa pernah terfikir nak hadiahkan langsir tebal untuk GF, senang dia block cahaya daripada masuk ke dalam bilik. H&M
Good night girls!